"Yang kukehendaki ialah mengenal Dia dan kuasa kebangkitan-Nya dan persekutuan dalam penderitaan-Nya..." (Filipi 3:10).Rasul Paulus telah menyatakan bahawa kebangkitan Yesus Kristus adalah batu penjuru iman kita di dalam Dia (1 Kor 15:14). Dan walaupun orang-orang yang skeptik telah cuba membantah hal ini, bukti untuk Allah dan kebangkitan Yesus Kristus tidak dapat dinafikan, jika seseorang rela untuk melihat secara objektif semua bukti-buktinya. Sebenarnya untuk menjadi seorang percaya bukanlah satu lonjakan iman yang buta tetapi satu perhubungan yang nyata dengan Allah yang hidup yang cap jari-Nya kelihatan di manapun kita melihat.
Terdapat banyak bukti-bukti yang dapat disahkan mengenai kebangkitan Yesus Kristus, dan yang berikut hanyalah tujuh daripadanya.
- Kubur yang kosong. Musuh-musuh Kristus juga tidak menafikan kubur yang kosong itu. Dan semua penjelasan yang lain, mayatnya dicuri, Dia tidak sebenarnya mati, dan sebagainya, mudah sahaja didedahkan kesalahannya apabila diperiksa.
- Penampakan Selepas Kebangkitan. Orang-orang melihat, menyentuh, berjalan di sampingnya, makan bersama dan mendengar daripada Yesus. Beratus saksi (lebih 500!) melihat Dia pada satu waktu (1 Kor 15:6), yang mana ahli-ahli psikologi mengesahkan sebagai tidak mungkin halusinasi beramai-ramai seperti yang didakwa oleh sebilangan skeptik.Kebangkitan Yesus adalah kebangkitan yang secara jasmani. Berikutan dari kebangkitan-Nya, Dia menunjukkan Diri-Nya sebagai bukti bahawa Dia benar-benar hidup! Dia memberi Diri-Nya disentuh, menunjukkan bekas-bekas luka daripada penyaliban, dan kemudian makan bersama murid-murid-Nya. Dia menunjukkan bukti yang jelas bahawa Dia telah bangkit secara jasmani dari kubur.Kepada mereka Ia menunjukkan diri-Nya setelah penderitaan-Nya selesai, dan dengan banyak tanda Ia membuktikan, bahwa Ia hidup. Sebab selama empat puluh hari Ia berulang-ulang menampakkan diri dan berbicara kepada mereka tentang Kerajaan Allah" (KPR 1:3).
- Kesaksian para wanita. Fakta bahawa wanita-wanita adalah yang pertama untuk menemukan dan bersaksi mengenai kubur yang kosong dan bahawa Dia telah bangkit adalah sesuatu yang menarik perhatian kerana di dunia Yunani-Rom pada waktu itu kesaksian wanita dianggap kurang dapat dipercayai. Jika penulis-penulis Injil merasakan bebas untuk mereka-reka sesuatu, mereka pasti sekali tidak akan melaporkan bahawa wanita-wanitalah yang telah menemukan kubur yang kosong itu, kerana itu akan melemahkan kes dan matlamat mereka. Mereka bagaimanapun melaporkan apa yang mereka telah melihat dengan mata mereka sendiri, dan percaya bahawa kebenaran akan terserlah secara sendiri.
- Kehidupan murid-murid yang mengalami transformasi. Tidak ada keraguan bahawa sesuatu yang sangat nyata dan dramatik telah terjadi yang mentransformasikan sebelas lelaki yang pengecut, yang sedang bersembunyi dalam ketakutan akan nyawa mereka, untuk menjadi penginjil-penginjil yang lantang dan berani. Lelaki-lelaki itu menjadi rela menghadapi kemungkinan dipenjarakan, disisihkan, disiksa, dan juga dibunuh demi untuk mengisytiharkan kebangkitan Yesus Kristus di kota yang sama di mana Dia telah disalibkan! Mereka tidak akan secara rela mahu mati jika mereka tahu bahawa semua itu adalah kebohongan. Hakikatnya mereka tahu bahawa Kristus benar-benar telah bangkit – mereka telah melihat Dia, berkata-kata dengan Dia, menyentuh dia, dan makan bersama dengan Dia. Mengetahui kebenaran mengenai kebangkitan, mereka rela mati untuk Dia.
- Lahirnya Gereja Kristian. Adalah sangat nyata bahawa sesuatu yang sangat besar dan luar biasa telah terjadi yang menyebabkan iman Kristian meletus dalam pertumbuhannya dalam kota yang sama di mana Kristus telah disalib dan dikebumikan. Dalam beberapa kurun, dari Yerusalem sehinggalah menerusi seluruh empayar Rom, iman Kristian menjadi agama yang paling berpengaruh, menggantikan amalan pagan yang berkurun-kurun. Semua ini terjadi tanpa adanya kemudahan komunikasi, penggembaraan dan media yang modern. Hanya sesuatu yang sangat mengesankan dan menyakinkan seperti Kebangkitan Yesus dapat menjelaskan transformasi yang mengkagumkan ini.
- Pengakuan Yakobus. Adik Yesus, Yakobus adalah seorang skeptik sehingga dia bertemu dengan Yesus yang telah dibangkitkan. Lantaran itu dia menjadi seorang pemimpin yang kuat dalam gereja awal.
- Pengakuan Saulus dalam perjalanan ke Damsyik. Suatu kejadian yang luar biasa pastinya sudah terjadi untuk menyebabkan perubahan yang begitu mendadak dalam Saulus, mentransformasikan dia daripada seorang pembenci fanatik dan penganiaya umat Kristian untuk menjadi pembela, misionari dan penginjil yang teragung dalam sejarah gereja.