Sejarah Dunia Kuno

2021 a year of miracles and 'unlocking' millions

Jul 18, 2016

Lot, Moab, Amon dan Esau

LOT

Lot, daripada perkataan Ibrani yang sebutannya lote, (SHD 3875: tirai atau penutup), merupakan anak lelaki Haran, cucu Terah, dan anak saudara Abraham (Kejadian 11:27,31-32).

Lot lahir di Ur-Kasdim, dan selepas kematian bapanya di situ, datuknya (Terah) membawa Abraham, Sarai dan Lot ke Haran. Pada umur 205 tahun Terah meninggal di situ di Haran (Kejadian 11:27-32). Kemandulan Sarai dan kematian Haran mungkin menjadi sebab Lot terus bersama Abraham dan bukan tinggal dengan Nahor. Mungkin tiada pengangkatan rasmi tetapi Lot merupakan calon yang mungkin sekali menjadi waris Abraham.

Jadi apabila Tuhan memerintah Abraham untuk meninggalkan Haran kita dapati Lot menemani Abraham dalam perjalanannya dari Mesopotamia ke Kanaan, melalui Kanaan ke Mesir, dan kembali ke Betel (Kejadian 12; 13:1-3).

Sampai waktu ini kedua-dua Abraham dan Lot sudah mengumpulkan kekayaan besar. Abraham jelas merupakan kepala keluarga dan Lot bawahannya namun Abraham telah mengizinkan Lot memiliki domba dan lembu dan khemah (Kejadian 13:5). Pastinya sebab Abraham diberkati Lot juga diberkati. Tetapi sebab “harta milik mereka amat banyak” mereka tidak lagi dapat berdiam bersama-sama. Pertengkaran berlaku antara para gembala kedua-dua pihak kerana sumber tanah itu jelas tidak cukup untuk semua domba dan lembu itu. Orang Kanaan dan Feris juga berdiam di tanah itu (Kejadian 13:6-7).

Pusaka Lot

Jadi Abraham memberi Lot pilihan negeri itu dan Lot memilih apa yang dianggapnya bahagian yang lebih baik, iaitu seluruh lembah Yordan berhampiran kota-kota Sodom dan Gomora, sebab tanah di situ banyak airnya. Jadi Abraham menetap di tanah Kanaan dan Lot menetap di kota-kota dataran itu, dan mendirikan khemahnya dekat Sodom (Kejadian 13:10-12).

Beberapa tahun selepas perpisahan ini, Kedorlaomer dan sekutunya menyerang raja-raja Sodom dan kota-kota berhampiran. Lot antara ramai tawanan yang ditawan dan dia kehilangan segala harta miliknya. Apabila Abraham mendengar tentang ini dia mempersenjatai 318 orang-orangnya yang terlatih, dan mengejar raja-raja menang yang berundur itu sampai ke Dan. Dia mendapat balik semua rampasan yang mereka ambil dan membawa pulang Lot dengan tawanan-tawanan lain. Abraham ditawarkan ganjaran oleh Raja Sodom, tetapi tidak mahu mengambil apa-apa.

Kita mendengar tentang Lot seterusnya dalam Kejadian 19 apabila Tuhan mengutus malaikat-malaikatnya untuk menyelamatkan Lot dan keluarganya sebelum kota-kota dataran itu dibinasakan. Kejahatan penduduk di situ memanggil kemurkaan Tuhan namun Abraham merayu untuk keselamatan dan perlindungan Lot.

Kita perhatikan bahawa Lot sedang duduk di pintu gerbang ketika malaikat-malaikat itu sampai di Sodom. Oleh itu, Lot nampaknya telah menjadi anggota sidang pemerintah Sodom, sebab pintu gerbang kota ialah tempat hal-hal perundangan dibincangkan dan dilaksanakan. Bullinger mengatakan dalam nota-notanya kepada Kejadian 19:1 bahawa pintu gerbang merupakan takhta pengadilan, dan menunjukkan bahawa Lot merupakan warga nyata.

Juga menarik untuk memperhatikan bahawa walaupun Lot sering diberi gambaran tidak baik daripada peristiwa-peristiwa teks Perjanjian Lama itu, dia sememangnya seorang yang benar sebagaimana yang kita lihat daripada 2 Petrus 2:4-9 (khususnya ayat 6-9).

  • 6 dan jikalau Allah membinasakan kota Sodom dan Gomora dengan api, dan dengan demikian memusnahkannya dan menjadikannya suatu peringatan untuk mereka yang hidup fasik di masa-masa kemudian
  • 7 tetapi Ia menyelamatkan Lot, orang yang benar, yang terus-menerus menderita oleh cara hidup orang-orang yang tak mengenal hukum dan yang hanya mengikuti hawa nafsu mereka saja
  • 8 sebab orang benar ini tinggal di tengah-tengah mereka dan setiap hari melihat dan mendengar perbuatan-perbuatan mereka yang jahat itu, sehingga jiwanya yang benar itu tersiksa
  • 9 maka nyata, bahwa Tuhan tahu menyelamatkan orang-orang saleh dari pencobaan dan tahu menyimpan orang-orang jahat untuk disiksa pada hari penghakiman (RSV digunakan sepanjang ini)

Terus dengan Lot, kita perhatikan beberapa peristiwa berlaku malam itu sebelum kemusnahan Sodom, tetapi pada waktu pagi malaikat-malaikat itu mengambil Lot, isterinya dan dua anak perempuannya dan membawa mereka keluar dari kota itu dengan selamat. Mereka disuruh melarikan diri ke pergunungan dan diingatkan supaya tidak menoleh ke belakang ke arah kota yang bakal binasa itu. Lot memohon daripada malaikat-malaikat itu, yang mengizinkannya lari ke Zoar, iaitu salah satu daripada lima kota yang bakal binasa. Bagaimanapun, isteri Lot, mengabaikan amaran malaikat itu, menoleh ke belakang, lalu menjadi tiang garam (ayat 24).

Sodom musnah dan Lot serta keluarganya diselamatkan daripada kemusnahan itu oleh Malaikat Yahovah (lihat karya Malaikat YHVH (No. 24)).

Lot meninggalkan Zoar dan pergi bersama dua anak perempuannya ke satu gua di gunung berhampiran. Anak-anak perempuan Lot salah percaya hanya mereka perempuan yang terselamat daripada kehancuran itu. Mereka menganggap merekalah yang bertanggungjawab melahirkan anak dan membolehkan keterusan manusia. Dua malam berturut-turut mereka menyebabkan bapa mereka cukup mabuk untuk berhubungan kelamin dengan mereka. Melaluinya kedua-dua anaknya hamil.

Keturunan Lot

Si kakak melahirkan anak lelaki, dan dia menamakannya Moab; si adik juga melahirkan anak lelaki, dan dia menamakannya Ben-Ami (Kejadian 19:30-38).

Kejadian 19:37 Yang lebih tua melahirkan seorang anak laki-laki, dan menamainya Moab; dialah bapa orang Moab yang sekarang. 38 Yang lebih mudapun melahirkan seorang anak laki-laki, dan menamainya Ben-Ami; dialah bapa bani Amon yang sekarang.

Moab (SHD 4124, daripada bapa). Dia merupakan bapa kaum bangsa yang dikenali sebagai Moab. Moab juga suatu wilayah, ertinya negeri indah.

Amon (SHD 5983) daripada (SHD 5971): suku, iaitu kahwin sedarah; atau Ben-Ami (Ibrani) Anak Ami = “tuhan Am” – Bullinger. Dia menjadi bapa kaum bangsa Amon.

Moab kemudiannya menyertai keturunan Mesias melalui Rut (warga Moab), isteri Boas, ibu kepada Obed, bapa Isai, bapa Daud (lihat Rut 4:16-22).

Pusaka diubah oleh Israel dan Gilead

Amon tiada wewenang untuk memiliki Gilead atau mengambilnya daripada Israel.

Namun kedua-dua bangsa akan diberi keselamatan di bawah Mesias pada Zaman Akhir.

MOAB

Negeri

Moab merupakan nama sejarah untuk sebidang tanah bergunung di Yordan hari ini. Ia memanjang di sepanjang pantai timur Laut Asin (dipanggil Laut Mati). Negeri Moab diduduki oleh suku Moab pada zaman dahulu dan ini dibuktikan oleh berbagai penemuan arkeologi. Ibukotanya ialah Dibon, terletak di sebelah Dhiban kota Yordan moden.

Sejarah: daripada The International Standard Bible Encyclopedia

Kita hampir tiada pengetahuan tentang sejarah orang Moab selepas kisah asal usul mereka dalam Kejadian 19 sehingga waktu keluaran. Bagaimanapun, mereka nampaknya telah menderita daripada serangan-serangan orang Amori, yang, di bawah raja mereka Sihon, telah menakluk bahagian utara Moab sampai ke Arnon (Bilangan 21:21-31). Di sini orang Israel bertemu mereka ketika mereka menghampiri Tanah Perjanjian. Mereka tidak mengganggu orang Moab di Selatan pada mulanya, tetapi melepasinya di sempadan timur (Ulangan 2:8,9) dan bertentangan dengan orang Amori di Utara (Bilangan 21:21-26), mengalahkan mereka dan menduduki wilayah mereka (Bilangan 21:31-32). Namun apabila Balak bin Zipor, raja Moab, sedar betapa kuatnya bangsa ini yang berkumpul di sempadannya, dia bersekutu dengan orang Midian untuk menentang mereka dan mendapatkan bantuan Bileam [lihat karya Doktrin dan Nubuatan Bileam (No. 208)] namun sebab dia tidak dapat mendesak Bileam untuk mengutuk mereka dia tidak jadi menyerang orang Israel (Bilangan 22; 24). Orang Israel, bagaimanapun, mengalami bencana apabila kemurkaan Tuhan marak terhadap mereka kerana dosa mereka (Bilangan 25). Beberapa waktu sebelum pengasasan kerajaan di Israel orang Midian menakluk Moab, sebagaimana yang dilihat daripada petikan Kejadian 36:35, namun penaklukan ini tidak kekal, kerana Moab mendapat balik wilayahnya yang hilang dan menjadi cukup kuat untuk menceroboh Israel di seberang Yordan. Eglon dari Moab menindas Israel dengan bantuan Amon dan Amalek (Hakim 3:13-14), namun Eglon dibunuh oleh Ehud, dan kuk Moab dilepaskan sesudah 18 tahun. Saul memukul Moab, tetapi tidak menundukkannya (1Samuel 14:47), sebab kita dapati Daud meletakkan bapa dan ibunya di bawah perlindungan raja Moab apabila dianiaya oleh Saul (1Samuel 22:3,4). Namun persahabatan antara Daud dan Moab tidak berterusan. Apabila Daud menjadi raja dia memerangi Moab dan menundukkannya sepenuhnya (2Samuel 8:2). Dengan pembahagian kerajaan antara Rehabeam dan Yerobeam, Yerobeam mungkin mendapat milik Moab (1Raja-raja 12:20), namun ia memberontak dan Omri terpaksa menakluknya semula (M S), dan memberi ufti kepada Ahab (2Raja-raja 1:1). Ia memberontak semula ketika pemerintahan Ahazia (2Raja-raja 1:1; 3:5), dan Moab dan Amon memerangi Yosafat dan Gunung Seir dan menghancurkan Gunung Seir, namun mereka kemudiannya berselisih antara satu sama lain dan membinasa sesama sendiri (2Tawarikh 20). Yosafat dan Yoram bersama membuat ekspedisi ke Moab dan mengalahkan orang Moab dengan pembunuhan besar-besaran (2Raja-raja 3). Namun Mesa, raja Moab, tidak ditundukkan (2Raja-raja 3:27), dan kemudian harii membebaskan negerinya sepenuhnya daripada penguasaan Israel (M S). Ini mungkin pada waktu Israel dan Yehuda berperang dengan Hazael dari Damsyik (2Raja-raja 8:28,29). Kumpulan-kumpulan orang Moab mengambil risiko untuk menyerang negeri Israel apabila dilemahkan oleh konflik dengan Hazael (2Raja-raja 13:20), tetapi Moab mungkin ditakluk sekali lagi oleh Yerobeam II (2Raja-raja 14:25), dan ini mungkin bencana kepada Moab yang diceritakan dalam Yesaya 15.

Pada satu waktu kemudian Moab ditakluk oleh orang Arab Nabatea yang memerintah di Petra dan meluaskan kuasa mereka di sebelah timur Yordan malah sampai Damsyik (Josephus, Ant. J., XIII, xv, 1,2). Orang Moab kehilangan identiti mereka sebagai satu bangsa dan sesudah itu terbaur dengan orang Arab, seperti yang kita lihat dalam pernyataan Josephus (XIII, xiii, 5), dalam mana dia mengatakan bahawa Alexander (Janneus) mengatasi orang Arabia, seperti orang Moab dan Gilead.

Alkitab memberitahu kita negeri Moab terletak di timur Sungai Yordan dan Laut Mati, dan di selatan Arnon (Bilangan 21:10-15). Hari ini, Moab berada di dalam Kerajaan Yordan. Lihat peta wilayah di Lampiran A.

Pusaka Moab

Ulangan 2:8-9  Kemudian kita berjalan terus, meninggalkan daerah saudara-saudara kita, bani Esau yang diam di Seir, meninggalkan jalan dari Araba-Yordan, yakni dari Elat dan Ezion-Geber. Sesudah itu kita belok dan berjalan terus ke arah padang gurun Moab. 9 Lalu berfirmanlah TUHAN kepadaku: Janganlah melawan Moab dan janganlah menyerang mereka, sebab Aku tidak akan memberikan kepadamu apapun dari negerinya menjadi milikmu, karena Ar telah Kuberikan kepada bani Lot menjadi miliknya.

Musa dikuburkan dalam negeri Moab

Ulangan 34:5-6  Lalu matilah Musa, hamba TUHAN itu, di sana di tanah Moab, sesuai dengan firman TUHAN. 6 Dan dikuburkan-Nyalah dia di suatu lembah di tanah Moab, di tentangan Bet-Peor, dan tidak ada orang yang tahu kuburnya sampai hari ini.

Persekutuan di dalam Moab

Apabila Israel terlanjur ke dalam keberhalaan Tuhan menggunakan bangsa-bangsa pemuja berhala (musyrik) di sekeliling mereka untuk menghukum mereka, walaupun mereka memuja ilah-ilah bangsa-bangsa ini. Justeru, sebab mereka membenarkan diri mereka dikorupsikan oleh ilah-ilah palsu ini, Israel diizinkan diperintah menurut hukum dan sistem tidak adil mereka.

Hakim-hakim 3:12-14 Tetapi orang Israel melakukan pula apa yang jahat di mata TUHAN; lalu Eglon, raja Moab, diberi TUHAN kuasa atas orang Israel, oleh sebab mereka telah melakukan apa yang jahat di mata TUHAN. 13 Raja ini mengajak bani Amon dan bani Amalek menjadi sekutunya. Lalu majulah ia dan memukul orang Israel kalah. Kota pohon korma diduduki mereka. 14 Delapan belas tahun lamanya orang Israel menjadi takluk kepada Eglon, raja Moab.

Apabila Israel bertaubat dan kembali kepada Tuhan mereka dipulihkan dan diberi perhentian. Keadaannya sentiasa sama. Apabila mereka memuja berhala mereka diperintah orang lain; apabila mereka setia mereka memerintah atas mereka atau bebas daripada sistem-sistem mereka.

Hakim-hakim 3:28-30  Berkatalah ia kepada mereka: "Ikutlah aku, sebab TUHAN telah menyerahkan musuhmu, orang-orang Moab itu, ke dalam tanganmu." Maka turunlah mereka mengikuti dia, lalu mereka merebut tempat penyeberangan sungai Yordan ke Moab dan tidak seorangpun dibiarkan mereka menyeberang. 29 Pada waktu itu mereka menewaskan kira-kira sepuluh ribu orang dari Moab, semuanya orang yang tegap dan tangkas, seorangpun tidak ada yang lolos. 30 Demikianlah pada hari itu Moab ditundukkan oleh Israel, maka amanlah tanah itu, delapan puluh tahun lamanya.

Lazimnya keberhalaan itu dibawa masuk oleh para pemerintah Israel sendiri.

1Raja-raja 11:1-2 Adapun raja Salomo mencintai banyak perempuan asing. Di samping anak Firaun ia mencintai perempuan-perempuan Moab, Amon, Edom, Sidon dan Het, 2 padahal tentang bangsa-bangsa itu TUHAN telah berfirman kepada orang Israel: "Janganlah kamu bergaul dengan mereka dan merekapun janganlah bergaul dengan kamu, sebab sesungguhnya mereka akan mencondongkan hatimu kepada allah-allah mereka." Hati Salomo telah terpaut kepada mereka dengan cinta.

Batasan-batasan atas perkahwinan adalah kerana keberhalaan dan bukan pertimbangan perkauman.

Daud menundukkan Moab

Ketika Israel diberi perhentian di bawah Daud bangsa-bangsa di sekeliling ditakluk. Tindakan ini menunjuk ke arah pemulihan di bawah Mesias, sebab semua bangsa di situ akan dimasukkan ke dalam pusaka Mesias.

1 Tawarikh 18:2 Dan Daud memukul kalah orang Moab, sehingga orang Moab takluk kepadanya dan harus mempersembahkan upeti.

Golongan wanita Moab berkahwin campur dengan Israel

Ezra 9:1-2  Sesudah semuanya itu terlaksana datanglah para pemuka mendekati aku dan berkata: "Orang-orang Israel awam, para imam dan orang-orang Lewi tidak memisahkan diri dari penduduk negeri dengan segala kekejiannya, yakni dari orang Kanaan, orang Het, orang Feris, orang Yebus, orang Amon, orang Moab, orang Mesir dan orang Amori. 2 Karena mereka telah mengambil isteri dari antara anak perempuan orang-orang itu untuk diri sendiri dan untuk anak-anak mereka, sehingga bercampurlah benih yang kudus dengan penduduk negeri, bahkan para pemuka dan penguasalah yang lebih dahulu melakukan perbuatan tidak setia itu."

Perkahwinan campur ini disebabkan keberhalaan dan itulah ketidaksetiaan yang dikatakan oleh Tuhan.

Perluasan Kerajaan Mesianik keturunan Bapa-bapa Kaum

Perluasan kerajaan di bawah Mesias sebagai Kerajaan Daud sudahpun diberikan dalam nubuatan.

Mazmur 60:7-9 Punya-Ku Gilead dan punya-Ku Manasye, Efraim ialah pelindung kepala-Ku, Yehuda ialah tongkat kerajaan-Ku; 8 Moab ialah tempat pembasuhan-Ku, kepada Edom Aku melemparkan kasut-Ku, karena Filistea Aku bersorak-sorai." 9 Siapakah yang akan membawa aku ke kota yang berkubu? Siapakah yang menuntun aku ke Edom?

Orang yang dibayangkan di sini dalam pertanyaan “siapakah” yang akan memimpin mereka ke Moab ialah Yehuda, sebagaimana yang digenapi sebahagiannya di bawah orang Macabbee dan John Hyrcanus namun semuanya menunjuk ke arah Mesias.

Edom dan Ismael semuanya akan diuruskan pada Zaman Akhir.

Mazmur 83:1-8 Mazmur Asaf: suatu nyanyian. Ya Allah, janganlah Engkau bungkam, janganlah berdiam diri dan janganlah berpangku tangan, ya Allah! 2 Sebab sesungguhnya musuh-musuh-Mu ribut, orang-orang yang membenci Engkau meninggikan kepala. 3 Mereka mengadakan permufakatan licik melawan umat-Mu, dan mereka berunding untuk melawan orang-orang yang Kaulindungi. 4 Kata mereka: "Marilah kita lenyapkan mereka sebagai bangsa, sehingga nama Israel tidak diingat lagi!" 5 Sungguh, mereka telah berunding dengan satu hati, mereka telah mengadakan perjanjian melawan Engkau: 6 Penghuni kemah-kemah Edom dan orang Ismael, Moab dan orang Hagar, 7 Gebal dan Amon dan Amalek, Filistea beserta penduduk Tirus, 8 juga Asyur telah bergabung dengan mereka, menjadi kaki tangan bani Lot. Sela

Persekutuan pada Zaman Akhir ini merupakan penyatuan yang tujuannya ialah kemusnahan Israel dan ini tidak akan berjaya tetapi sebaliknya menyatupadukan keturunan Abraham dan membinasakan mereka yang menentang umat Tuhan.

Ulangan sentimen Mazmur 60:8

Mazmur 108:8-10 Gilead punya-Ku, Manasye punya-Ku, Efraim ialah pelindung kepala-Ku, Yehuda ialah tongkat kerajaan-Ku, 9 Moab ialah tempat pembasuhan-Ku, kepada Edom Aku melemparkan kasut-Ku, dan karena Filistea Aku bersorak-sorai." 10 Siapakah yang akan membawa aku ke kota yang berkubu? Siapakah yang menuntun aku ke Edom?

Mereka akan disatukan kepada Israel sebagai bangsa-bangsa bersekutu di bawah Mesias. Negara Yordan akan menjadi sebahagian daripada Israel secara keseluruhannya selewat-lewatnya 2027.

Keluaran Kedua

Edom, Moab dan Amon akan mentaati Yehuda.
Yesaya 11:10-16  Maka pada waktu itu taruk dari pangkal Isai akan berdiri sebagai panji-panji bagi bangsa-bangsa; dia akan dicari oleh suku-suku bangsa dan tempat kediamannya akan menjadi mulia. 11 Pada waktu itu Tuhan akan mengangkat pula tangan-Nya untuk menebus sisa-sisa umat-Nya yang tertinggal di Asyur dan di Mesir, di Patros, di Etiopia dan di Elam, di Sinear, di Hamat dan di pulau-pulau di laut. 12 Ia akan menaikkan suatu panji-panji bagi bangsa-bangsa, akan mengumpulkan orang-orang Israel yang terbuang, dan akan menghimpunkan orang-orang Yehuda yang terserak dari keempat penjuru bumi. 13 Kecemburuan Efraim akan berlalu, dan yang menyesakkan Yehuda akan lenyap. Efraim tidak akan cemburu lagi kepada Yehuda, dan Yehuda tidak akan menyesakkan Efraim lagi. 14 Tetapi mereka akan terbang ke barat, ke atas lereng gunung Filistin, bersama-sama mereka akan menjarah bani Timur; mereka akan merampas Edom dan Moab, dan orang Amon akan patuh kepada mereka. 15 TUHAN akan mengeringkan teluk Mesir dengan nafas-Nya yang menghanguskan, serta mengacungkan tangan-Nya terhadap sungai Efrat dan memukulnya pecah menjadi tujuh batang air, sehingga orang dapat melaluinya dengan berkasut. 16 Maka akan ada jalan raya bagi sisa-sisa umat-Nya yang tertinggal di Asyur, seperti yang telah ada untuk Israel dahulu, pada waktu mereka keluar dari tanah Mesir.

Seluruh umat Israel akan dikembalikan ke Tanah Suci. Bangsa-bangsa di sekeliling akan membantu mereka dan bersekutu dengan mereka.

Nubuatan terhadap Moab: Mereka berkata mereka bersunat tetapi tidak

Hukumannya kerana mendakwa keturunan Abraham yang bersunat, namun sebenarnya tidak taat kepada Iman dan tidak disunat dalam hati, menyediakan hukuman pada Zaman Akhir dan selang waktu. Hukuman ini juga diperluaskan kepada orang Yahudi, dalam kata lain, kepada mereka yang mengaku orang Yahudi tetapi bukan dan sebaliknya datang daripada jemaah Iblis (Wahyu 2:9; 3:9). Mereka akan didorong untuk sujud menyembah di hadapan Jemaat sebenar Tuhan.

Yeremia 9:25-26  "Lihat, waktunya akan datang, demikianlah firman TUHAN, bahwa Aku menghukum orang-orang yang telah bersunat kulit khatannya: 26 orang Mesir, orang Yehuda, orang Edom, bani Amon, orang Moab dan semua orang yang berpotong tepi rambutnya berkeliling, orang-orang yang diam di padang gurun, sebab segala bangsa tidak bersunat dan segenap kaum Israel tidak bersunat hatinya."

Yehuda tidak akan terlepas daripada hukuman ini dan akan disucikan daripada orang-orang mistik dan tradisi-tradisi ini.

Beban Moab

Moab telah ditundukkan oleh Saul (1Samuel 14:47) dan Daud (2Samuel 8:2); dan membayar ufti kepada Ahab (2 Raja-raja 1:1; 3:4,5); Yosafat mendapat kemenangan (2Tawarikh 20:1-30; 2Raja-raja 3:4-27). Tiglat-pileser membawa pergi suku-suku di timur Yordan dan menerima ufti daripada Moab serta Ahaz (2Raja-raja 16:10).
(lihat nota Bullinger tentang Yesaya 15:1).

Yesaya 15:1-9 Ucapan ilahi tentang Moab. Sungguh, dalam suatu malam Ar-Moab sudah dirusakkan, dibinasakan; sungguh, dalam suatu malam Kir-Moab sudah dirusakkan, dibinasakan! 2 Puteri Dibon naik ke bukit-bukit pengorbanan untuk menangis; Moab meratap karena Nebo dan karena Medeba. Di situ semua orang menggundul kepalanya dan memotong janggutnya sebagai tanda berkabung. 3 Di jalan-jalan orang berlilitkan kain kabung, di atas sotoh dan di tanah-tanah lapang sekaliannya meratap, sedang air mata bercucuran. 4 Hesybon dan Eleale meraung-raung, suara mereka kedengaran sampai ke Yahas. Sebab itu orang-orang bersenjata di Moab berseru-seru, jiwanyapun gemetar. 5 Aku berteriak karena Moab, pengungsi-pengungsi sudah sampai ke Zoar, ke Eglat-Selisia. Sungguh, orang mendaki pendakian Luhit sambil menangis; dan di jalan ke Horonaim orang berteriak karena ditimpa bencana. 6 Sungguh, air di Nimrim menjadi kering dan tandus dan rumput sudah kering, rumput muda sudah habis, tidak ada lagi tumbuh-tumbuhan hijau. 7 Sebab itu segala harta yang mereka tumpuk dan segala yang mereka simpan mereka bawa ke seberang sungai Haarabim. 8 Sungguh, teriak itu akan kedengaran di seluruh daerah Moab, ratapnya terdengar sampai ke Eglaim, bahkan sampai ke Beer-Elim. 9 Sungguh, air Dibon telah penuh dengan darah, tetapi yang menimpa Dibon akan Kutambah lagi, yaitu singa akan menerkam orang-orang yang terluput dari Moab dan yang tersisa di tanah itu.

Nubuatan – rujukan kepada Petra

Teks ini merujuk kepada pertaubatan Moab dan penduduk tempat yang kini ialah Yordan. Mereka diambil dari negeri yang dikepung namun mereka dilindungi dan dikhususkan untuk Mesias. Israel menjadi tempat perlindungan kepada orang-orang buangan Moab. Mereka terlepas daripada genggaman Raja Utara dalam penjajahan namun mereka semua dianiaya kerana Iman.

Yesaya 16:1-14 .Mereka mengirim anak domba kepada pemerintah negeri, dari Sela melalui padang gurun ke gunung puteri Sion. 2 Seperti burung yang lari terbang, dan isi sarang yang diusir, demikianlah anak-anak perempuan Moab di tempat-tempat penyeberangan sungai Arnon. 3 "Berilah nasihat, pertahankanlah hak, jadilah naungan yang teduh di waktu rembang tengah hari; sembunyikanlah orang-orang yang terbuang, janganlah khianati orang-orang pelarian! 4 Biarkanlah orang-orang yang terbuang dari Moab menumpang padamu, jadilah tempat persembunyian baginya terhadap si pembinasa! Apabila penggagahan sudah berakhir, pembinasaan sudah lewat dan orang lalim sudah habis lenyap dari negeri, 5 maka suatu takhta akan ditegakkan dalam kasih setia dan di atasnya, dalam kemah Daud, akan duduk senantiasa seorang hakim yang menegakkan keadilan, dan yang segera melakukan kebenaran." 6 Kami telah mendengar tentang keangkuhan Moab, alangkah angkuhnya dia, tentang kecongkakannya, keangkuhannya dan kegemasannya, dan tentang cakap anginnya yang tidak benar. 7 Sebab itu biarlah orang Moab meratap, seorang karena yang lain, biarlah sekaliannya meratap. Mengingat kue kismis Kir-Hareset biarlah mereka mengaduh dan hancur luluh sama sekali! 8 Sebab kebun-kebun Hesybon dan pohon anggur Sibma telah merana; para penguasa bangsa-bangsa telah memotong pohon-pohon anggurnya yang terbaik, yang dahulu meluas sampai ke Yaezer dan merambat ke padang gurun; ranting-rantingnya berserak sampai ke seberang laut. 9 Sebab itu aku turut menangis dengan Yaezer karena pohon anggur Sibma; aku mau membasahi engkau dengan air mataku, hai Hesybon dan Eleale, sebab pada musim kemarau tepat waktu panen musuhmu menyerbu dengan pekik pertempuran. 10 Telah lenyap sukaria dan sorak-sorak dari kebun buah-buahan; telah menghilang dari kebun-kebun anggur tempik sorak dan sorak-sorai; tiada pengirik anggur di tempat pemerasan, pekik mereka sudah berhenti. 11 Oleh karena itu, seperti kecapi mendengking, begitulah hatiku menjerit melihat keadaan Moab, dan batinku tergerak melihat keadaan Kir-Heres. 12 Maka sekalipun Moab pergi beribadah dan bersusah payah di atas bukit pengorbanan dan masuk ke tempat kudusnya untuk berdoa, ia tidak akan mencapai apa-apa. 13 Itulah firman yang diucapkan TUHAN tentang Moab pada waktu yang lalu. 14 Maka sekarang TUHAN berfirman: "Dalam tiga tahun, menurut masa kerja prajurit upahan, maka kemuliaan Moab, serta dengan keramaiannya yang besar, akan menjadi kehinaan, dan orang yang tertinggal akan sangat sedikit dan tiada berkuasa."

Penghakiman atas Moab

Yesaya 25:10-12  Sebab tangan TUHAN akan melindungi gunung ini, tetapi Moab akan diinjak-injak di tempatnya sendiri, sebagai jerami diinjak-injak dalam lobang kotoran. 11 Apabila Moab mengembangkan tangannya di dalamnya seperti cara perenang mengembangkannya untuk berenang, maka TUHAN akan mematahkan kecongkakkan mereka dengan segala daya upaya mereka. 12 Maka kubu-kubu tembokmu yang tinggi akan ditumbangkan-Nya dan dirubuhkan-Nya, dan dicampakkan-Nya ke tanah dan debu.

Moab dan Amon diserahkan kepada orang dari Timur – orang Ismael/Arab

Urutan peristiwa ini adalah untuk mengurangkan Moab dan Amon dan selepas itu membuatkan mereka tunduk kepada suku-suku Timur sampai akhir zaman.

Yehezkiel 25:8-11  Beginilah firman Tuhan ALLAH: "Oleh karena Moab berkata: Sungguh, kaum Yehuda adalah sama dengan semua bangsa lain, 9 oleh sebab itu, sungguh, Aku akan membiarkan dataran tinggi Moab terbuka dengan runtuhnya kota-kotanya, ya, kota-kotanya tanpa terkecuali, yaitu kepermaian negeri itu: Bet-Yesimot, Baal-Meon dan Kiryataim. 10 Aku akan menyerahkan dia bersama bani Amon kepada orang dari sebelah Timur menjadi miliknya, supaya bani Amon jangan diingat-ingat lagi di antara bangsa-bangsa. 11 Aku akan menjatuhkan hukuman kepada Moab dan mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN."

Tiada kepastian keterusan hidup Moab

Dalam penundukan itu identiti mereka sebagai bangsa-bangsa akan dikaburi.

Amos 2:1-3 Beginilah firman TUHAN: "Karena tiga perbuatan jahat Moab, bahkan empat, Aku tidak akan menarik kembali keputusan-Ku: Oleh karena ia telah membakar tulang-tulang raja Edom menjadi kapur, 2 Aku akan melepas api ke dalam Moab, sehingga puri Keriot dimakan habis; Moab akan mati di dalam kegaduhan, diiringi sorak-sorai pada saat sangkakala berbunyi; 3 Aku akan melenyapkan penguasa dari antaranya dan membunuh segala pembesarnya bersama-sama dengan dia," firman TUHAN.

Nubuatan – Zaman Akhir

Zefanya 2:1-3, 8-11 Bersemangatlah dan berkumpullah, hai bangsa yang acuh tak acuh, 2 sebelum kamu dihalau seperti sekam yang tertiup, sebelum datang ke atasmu murka TUHAN yang bernyala-nyala itu, sebelum datang ke atasmu hari kemurkaan TUHAN. 3 Carilah TUHAN, hai semua orang yang rendah hati di negeri, yang melakukan hukum-Nya; carilah keadilan, carilah kerendahan hati; mungkin kamu akan terlindung pada hari kemurkaan TUHAN.

Tuhan memberi mereka amaran dan selepas itu menyatakan apa yang akan dilakukanNya dengan mereka.

Untuk Moab dan Amon

8 "Aku telah mendengar pencelaan dari pihak Moab dan kata-kata nista dari pihak bani Amon, bagaimana mereka mencela umat-Ku dan membesarkan dirinya terhadap daerah umat-Ku itu. 9 Sebab itu, demi Aku yang hidup--demikianlah firman TUHAN semesta alam, Allah Israel--maka Moab akan menjadi seperti Sodom dan bani Amon seperti Gomora, yakni menjadi padang jeruju dan tempat penggalian garam dan tempat sunyi sepi sampai selama-lamanya. Sisa-sisa umat-Ku akan menjarah mereka dan yang masih tinggal dari bangsa-Ku itu akan memiliki mereka sebagai warisan." 10 Inilah yang menjadi bagian mereka sebagai ganti kecongkakan mereka, sebab mereka telah mencela dan membesarkan diri terhadap umat TUHAN semesta alam. 11 TUHAN akan mendahsyatkan mereka, sebab Ia akan melenyapkan para allah di bumi, dan kepada-Nya akan sujud menyembah setiap bangsa daerah pesisir, masing-masing dari tempatnya.

Penundukan di hadapan Mesias ini pada Zaman Akhir sudah selesai.

Penghakiman Ilahi Zaman Akhir

Yeremia 25:15-29  Beginilah firman TUHAN, Allah Israel, kepadaku: "Ambillah dari tangan-Ku piala berisi anggur kehangatan amarah ini dan minumkanlah isinya kepada segala bangsa yang kepadanya Aku mengutus engkau, 16 supaya mereka minum, menjadi terhuyung-huyung dan bingung karena pedang yang hendak Kukirimkan ke antaranya. 17 Maka aku mengambil piala itu dari tangan TUHAN, lalu meminumkan isinya kepada segala bangsa yang kepadanya TUHAN mengutus aku, 18 yakni kepada Yerusalem dan kota-kota Yehuda, beserta raja-rajanya dan pemuka-pemukanya, untuk membuat semuanya itu menjadi reruntuhan, ketandusan dan sasaran suitan dan kutuk seperti halnya pada hari ini; 19 kepada Firaun, raja Mesir, beserta pegawai-pegawainya, dan pemuka-pemukanya, dan segenap rakyatnya, 20 juga kepada semua orang campuran dari berbagai-bagai bangsa; kepada semua raja negeri Us; kepada semua raja negeri Filistin, yakni Askelon, Gaza, Ekron dan orang-orang yang masih tinggal hidup di Asdod; 21 kepada Edom, Moab dan bani Amon; 22 kepada semua raja Tirus, semua raja Sidon dan kepada raja-raja tanah pesisir di seberang laut; 23 kepada Dedan, Tema, Bus dan kepada orang-orang yang berpotong tepi rambutnya berkeliling; 24 kepada semua raja Arab yang tinggal di padang gurun; 25 kepada semua raja Zimri, kepada semua raja Elam dan kepada semua raja Madai; 26 kepada semua raja dari utara, yang dekat dan yang jauh, satu demi satu, dan kepada semua kerajaan dunia yang ada di atas muka bumi; juga raja Sesakh akan meminumnya sesudah mereka. 27 Kemudian haruslah kaukatakan kepada mereka: Beginilah firman TUHAN semesta alam, Allah Israel: Minumlah sampai mabuk dan muntah-muntah! Rebahlah dan jangan bangun lagi, oleh karena pedang yang hendak Kukirimkan ke antara kamu! 28 Tetapi apabila mereka enggan menerima piala itu dari tanganmu untuk meminum isinya, maka haruslah kaukatakan kepada mereka: Beginilah firman TUHAN semesta alam: Kamu wajib meminumnya! 29 Sebab sesungguhnya di kota yang nama-Ku telah diserukan di atasnya Aku akan mulai mendatangkan malapetaka; masakan kamu ini akan bebas dari hukuman? kamu tidak akan bebas dari hukuman, sebab Aku ini mengerahkan pedang ke atas segenap penduduk bumi, demikianlah firman TUHAN semesta alam.

Nubuatan ini meliputi dari Mesir ke Arabia dan kesudahan Empayar Persia. Segala Raja-raja Utara dipanggil menentang Yerusalem. Ini mula-mula sekali berlaku apabila Babel ditakluk oleh orang Media dan Persia. Bagaimanapun, ia tidak merujuk kepada itu sebagaimana yang kita lihat di sini. Babel ditakluk tetapi di sini ia masih faktor dominan. Kita maksudkan suatu sistem agama dan pemerintahan pada Zaman Akhir yang akan ditundukkan dan dihancurkan, seperti yang dinubuat dalam Daniel Bab 2.

Susunan Ketawanan: Babel kemudian melalui bangsa-bangsa

Yeremia 27:1-11 Pada permulaan pemerintahan Zedekia, anak Yosia raja Yehuda, datanglah firman ini dari TUHAN kepada Yeremia. 2 Beginilah firman TUHAN kepadaku: "Buatlah tali pengikat dan gandar, lalu pasanglah itu pada tengkukmu! 3 Kemudian kirimlah pesan kepada raja Edom, kepada raja Moab, kepada raja bani Amon, kepada raja Tirus dan kepada raja Sidon, dengan perantaraan utusan-utusan yang telah datang ke Yerusalem menghadap Zedekia, raja Yehuda. 4 Perintahkanlah mereka mengatakan kepada tuan-tuan mereka: Beginilah firman TUHAN semesta alam, Allah Israel: Beginilah harus kamu katakan kepada tuan-tuanmu: 5 Akulah yang menjadikan bumi, manusia dan hewan yang ada di atas muka bumi dengan kekuatan-Ku yang besar dan dengan lengan-Ku yang terentang, dan Aku memberikannya kepada orang yang benar di mata-Ku. 6 Dan sekarang, Aku menyerahkan segala negeri ini ke dalam tangan hamba-Ku, yakni Nebukadnezar, raja Babel; juga binatang di padang telah Kuserahkan supaya tunduk kepadanya. 7 Segala bangsa akan takluk kepadanya dan kepada anaknya dan kepada cucunya, sampai saatnya juga tiba bagi negerinya sendiri, maka banyak bangsa dan raja-raja yang besar akan menaklukkannya. 8 Tetapi bangsa dan kerajaan yang tidak mau takluk kepada Nebukadnezar, raja Babel, dan yang tidak mau menyerahkan tengkuknya ke bawah kuk raja Babel, maka bangsa itu akan Kuhukum dengan pedang, kelaparan dan penyakit sampar, demikianlah firman TUHAN, sampai mereka Kuserahkan ke dalam tangannya. 9 Mengenai kamu, janganlah kamu mendengarkan nabi-nabimu, juru-juru tenungmu, juru-juru mimpimu, tukang-tukang ramalmu dan tukang-tukang sihirmu yang berkata kepadamu: Janganlah kamu mau takluk kepada raja Babel! 10 Sebab mereka bernubuat palsu kepadamu dengan maksud menjauhkan kamu dari atas tanahmu, sehingga kamu Kuceraiberaikan dan menjadi binasa. 11 Tetapi bangsa yang mau menaruh tengkuknya ke bawah kuk raja Babel dan yang takluk kepadanya, maka mereka akan Kubiarkan di atas tanahnya, demikianlah firman TUHAN, dan mereka akan mengolahnya dan diam di sana."

Bandingkan Daniel Bab 2

Tuhan bertitah bahawa sistem ini akan memerintah sampai akhir zaman dan akan digantikan oleh Mesias. Dari kepala emas, iaitu Babel, kita saksikan suatu urutan kerajaan-kerajaan yang kian merosot dalam kemurnian sistem-sistem mereka melalui Media dan Persia ke Greco-Macedonia, ke sistem-sistem Yunani, ke orang Roma, dan hingga Empayar Trinitarian atau Roma Suci yang memerintah dari Eropah, yang akhirnya dihancurkan oleh batu yang terungkit lepas tanpa perbuatan tangan manusia yang jatuh dari Syurga dan menghentam kerajaan kaki besi dan tanah liat ini, iaitu kerajaan akhir Zaman Akhir.

Dari waktu itu Mesias memerintah dan menyerahkan Kerajaan itu kembali kepada Tuhan dan Tuhan menjadi semua dalam semua.

Pesan tentang Moab

Tuhan mewahyukan melalui Yeremia beberapa hal yang akan terjadi mengenai Moab.

Yeremia 48:1-47  Mengenai Moab. Beginilah firman TUHAN semesta alam, Allah Israel: "Celakalah Nebo, sebab kota itu sudah dibinasakan! Kiryataim telah menjadi malu dan direbut! Kota benteng itu menjadi malu dan terkejut: 2 lenyaplah sudah kemegahan Moab! Di Hesybon orang merencanakan malapetaka terhadapnya: Marilah kita melenyapkannya sebagai bangsa! Juga engkau, hai Madmen, akan dibungkamkan, engkau akan dikejar-kejar pedang. 3 Dengar! Teriakan dari Horonaim: Kebinasaan! Kehancuran besar! 4 Moab telah hancur lebur! kedengaran orang berteriak sampai ke Zoar. 5 Sungguh, orang mendaki pendakian Luhit sambil menangis. Sungguh, di jalan turun ke Horonaim orang mendengar teriak karena ditimpa bencana. 6 Larilah, selamatkanlah nyawamu: jadilah seperti keledai liar di padang gurun! 7 Sungguh, oleh karena engkau percaya kepada bentengmu dan perbendaharaanmu, maka engkaupun akan direbut; Kamos akan pergi ke dalam pembuangan, bersama-sama dengan para imam dan pemukanya. 8 Pembinasa akan datang ke setiap kota, tidak ada kota yang terluput! Lembah akan binasa, tanah datar habis musnah, seperti yang difirmankan TUHAN. 9 Berikanlah sayap kepada Moab, supaya ia lari terbang; kota-kotanya akan menjadi sunyi sepi, tidak ada lagi penduduk di dalamnya. 10 Terkutuklah orang yang melaksanakan pekerjaan TUHAN dengan lalai, dan terkutuklah orang yang menghambat pedang-Nya dari penumpahan darah! 11 Moab hidup aman dari sejak masa mudanya, dia hidup tenang seperti anggur di atas endapannya, tidak dituangkan dari tempayan yang satu ke tempayan yang lain, tidak pernah masuk ke dalam pembuangan; sebab itu rasanya tetap padanya, dan baunya tidak berubah.

Sebab sebenar Tuhan bertindak terhadap Moab ialah keberhalaan dan kengerian Kamos. Namun kecurangan mereka dalam memeluk Islam Hadis juga tidak membantu mereka. Mereka masih keji.

12 Sebab itu, sesungguhnya, waktunya akan datang, demikianlah firman TUHAN, bahwa Aku akan mengirim kepadanya tukang-tukang yang akan menuangkannya, mencurahkan tempayan-tempayannya dan memecahkan buyung-buyungnya. 13 Maka Moab akan menjadi malu oleh karena dewa Kamos, sama seperti kaum Israel menjadi malu oleh karena Betel, kepercayaan mereka. 14 Bagaimanakah kamu berani berkata: Kami adalah pahlawan-pahlawan, orang-orang gagah perkasa untuk berperang! 15 Pembinasa Moab telah maju menyerang dia, teruna-terunanya yang pilihan telah turun ke pembantaian, demikianlah firman Raja yang nama-Nya TUHAN semesta alam. 16 Bencana Moab sudah hampir datang, malapetakanya sangat segera sampai. 17 Ratapilah dia, hai semua yang ada di sekitarnya, hai semua yang mengenal namanya! Katakanlah: Sungguh, sudah patah tampuk kekuasaan, tongkat keagungan itu! 18 Turunlah dari kemuliaanmu dan duduklah di atas kotoran, hai puteri Dibon yang sudah lama menetap! Sebab pembinasa Moab sudah maju menyerbu engkau, memusnahkan tempat-tempatmu yang berkubu. 19 Berdirilah di tepi jalan dan tinjaulah, hai penduduk Aroer! Tanyakanlah kepada orang yang lari dan yang terluput, katakanlah: Apakah yang telah terjadi? 20 Moab sudah malu, karena ia terkejut! Merataplah dan berteriaklah, beritahukanlah di sungai Arnon: Sungguh, Moab sudah binasa! 21 Penghukuman telah berlaku atas daerah dataran tinggi, atas kota-kota Holon, Yahas, Mefaat, 22 Dibon, Nebo, Bet-Diblataim, 23 Kiryataim, Bet-Gamul, Bet-Meon, 24 Keriot, Bozra dan atas segala kota negeri Moab yang jauh dan yang dekat. 25 Telah patah tanduk kekuatan Moab, dan lengan kekuasaannya telah pecah! demikianlah firman TUHAN. 26 Buatlah dia mabuk, sebab dia membesarkan diri terhadap TUHAN! Moab akan berguling-guling dalam muntahnya, dan ia sendiripun akan menjadi tertawaan orang. 27 Apakah bukan Israel tadinya yang menjadi tertawaan bagimu? Apakah dia terdapat di antara pencuri-pencuri, sehingga engkau menggeleng-gelengkan kepala, setiap kali engkau berbicara tentang dia? 28 Tinggalkanlah kota-kota dan diamlah di bukit batu, hai penduduk Moab! Jadilah seperti burung merpati yang bersarang di dinding mulut liang. 29 Kami telah mendengar tentang keangkuhan Moab, alangkah angkuhnya dia, tentang kesombongannya, keangkuhannya dan kecongkakannya, tentang tinggi hatinya. 30 Aku ini kenal kepongahannya, demikianlah firman TUHAN, tidak benar cakapnya, dan tidak benar perilakunya. 31 Sebab itu aku akan meratap karena Moab, akan berteriak karena Moab seluruhnya, dan akan mengaduh karena orang-orang Kir-Heres! 32 Aku akan menangis karena engkau, lebih dari pada menangis karena Yaezer, hai pohon anggur Sibma! Ranting-rantingmu merambak sampai ke laut, meluas sampai ke Yaezer. Si pembinasa telah jatuh menimpa hasil musim kemaraumu dan panen buah anggurmu. 33 Sukaria dan sorak-sorak telah lenyap dari kebun buah-buahan dan dari negeri Moab. Aku telah menjauhkan anggur dari tempat pemerasan; pengirik tidak ada lagi pengiriknya, pekik kegirangan tidak kedengaran lagi. 34 Hesybon dan Eleale meraung-raung; orang memperdengarkan suaranya sampai ke Yahas, dari Zoar sampai Horonaim dan Eglat-Selisia; sebab air sungai Nimrim juga menjadi ketandusan. 35 Firman TUHAN: Aku akan menghentikan orang di Moab mempersembahkan korban bakaran di bukit pengorbanan dan mempersembahkan korban ukupan kepada allahnya. 36 Sebab itu seperti hatiku terharu mendengar suling, begitulah hatiku terharu melihat keadaan Moab, dan hatiku terharu melihat keadaan orang-orang Kir-Heres; bukankah sudah hilang segala harta yang mereka tumpuk? 37 Sungguh, setiap kepala digundul dan setiap janggut dipotong, pada semua tangan ada toreh-torehan dan kain kabung dikenakan pada semua pinggang. 38 Di atas segala sotoh Moab dan di tanah-tanah lapangnya hanya ada perkabungan belaka; --sungguh, Aku telah memecahkan Moab seperti tembikar, sehingga tidak ada orang yang menyukainya, demikianlah firman TUHAN. 39 Betapa terkejutnya dia! Betapa Moab menyembunyikan mukanya karena malu! Maka Moab telah menjadi tertawaan dan kekejutan bagi semua yang di sekitarnya. 40 Sebab beginilah firman TUHAN: Sesungguhnya, ia datang melayang seperti burung rajawali dan mengembangkan sayapnya ke atas Moab. 41 Kota-kota direbut, kubu-kubu pertahanan dirampas. Hati para pahlawan Moab pada waktu itu akan seperti hati perempuan yang sakit beranak. 42 Moab akan musnah sebagai bangsa, sebab ia membesarkan diri terhadap TUHAN. 43 Kejut dan pelubang dan jerat bagimu, hai penduduk Moab! demikianlah firman TUHAN. 44 Yang lari dari kekejutan akan jatuh ke dalam pelubang, dan yang naik dari pelubang akan tertangkap dalam jerat. Sungguh, Aku mendatangkan semuanya ini atas Moab di tahun penghukuman atas mereka, demikianlah firman TUHAN. 45 Di naungan Hesybon orang-orang pelarian berhenti, kehabisan kekuatan; tetapi api keluar dari Hesybon, nyala api dari istana Sihon, yang memakan habis pelipis Moab dan batu kepala orang-orang ribut. 46 Celakalah engkau, hai Moab, binasa engkau, hai bangsa dewa Kamos! Sebab anak-anakmu lelaki telah diculik tertawan dan anak-anakmu perempuan menjadi tawanan. 47 Tetapi Aku akan memulihkan keadaan Moab di kemudian hari, demikianlah firman TUHAN." Sampai di sinilah firman penghukuman atas Moab.

Jadi kita perhatikan bahawa untuk membersihkan negeri-negeri dan keturunan Lot dan Edom daripada keberhalaan mereka terpaksa dijadikan tawanan. Mereka diserahkan ke dalam tangan suku-suku Timur untuk membersihkan diri mereka daripada Kamos dan Milkom di Amon, namun Tuhan membuat janji Pemulihan pada Zaman Akhir. Mereka akan diselamatkan daripada Islam Hadis sebagaimana mereka diselamatkan daripada Kamos.

Pemulihan Moab

Yordan akan dipulihkan pada kemudian hari. Inilah kesudahannya untuk Moab, Amon dan Edom.

Daniel 11:40-45 Tetapi pada akhir zaman raja negeri Selatan akan berperang dengan dia, dan raja negeri Utara itu akan menyerbunya dengan kereta dan orang-orang berkuda dan dengan banyak kapal; dan ia akan memasuki negeri-negeri, dan menggenangi dan meliputi semuanya seperti air bah. 41 Juga Tanah Permai akan dimasukinya, dan banyak orang akan jatuh; tetapi dari tangannya akan terluput tanah Edom, tanah Moab dan bagian yang penting dari bani Amon. 42 Ia akan menjangkau negeri-negeri, dan negeri Mesir tidak akan terluput. 43 Ia akan menguasai harta benda emas dan perak dan segala barang berharga negeri Mesir, dan orang Libia serta orang Etiopia akan mengikuti dia. 44 Tetapi kabar-kabar dari sebelah timur dan dari sebelah utara akan mengejutkan hatinya, sehingga ia akan keluar dengan kegeraman yang besar untuk memusnahkan dan membinasakan banyak orang. 45 Ia akan mendirikan kemah kebesarannya di antara laut dan gunung Permai yang kudus itu, tetapi kemudian ia akan menemui ajalnya dan tidak ada seorangpun yang menolongnya."

AMON

Wilayah

Dari wilayah asal mereka, orang Amon sepatutnya dihalau oleh Sihon, raja orang Amori. Sihon dikatakan ditemui oleh orang Israel, sesudah penyelamatan mereka dari Mesir, memiliki Gilead, dengan kata lain, seluruh negeri di tebing kiri Yordan, hingga utara Arnon. Dengan serangan ini, orang Amon dihalau keluar dari Gilead menyeberangi hulu sungai Yabok, di mana ia mengalir dari selatan ke utara, yang terus menjadi sempadan barat mereka. Di selatan, ia mungkin bersempadan dengan negeri Moab; di selatan, ia mungkin bersempadan dengan negeri raja Gesur; dan di timur ia mungkin bersambung terus  ke dalam padang gurun yang didiami orang Kedar dan suku-suku pengembara lain.
[Untuk Kedar lihat juga karya Keturunan Abraham Bahagian III: Ismael (No. 212C)]

Kota utama negeri ini ialah Rabbah (Raba) atau Rabbath Ammon, iaitu kota besar orang Amon, yang dipanggil Rabbathammana oleh orang Yunani kemudian. Ptolemy Philadelphus mengubah namanya kepada Philadelphia, dan menjadikannya sebuah kota yang besar dan kuat dengan suatu akropolis, terletak di kedua-dua tebing satu cabang sungai Yabok, dan hari ini dikenali sebagai Nahr `Amman, sungai Amon – dari mana datangnya panggilan “kota air”. Kota Amman, Yordan terletak lebih kurang pada tempat yang sama. http://en.wikipedia.org/wiki/Ammon

International Standard Bible Encyclopedia menyatakan:

Kita tahu daripada rekod Mesir, khususnya Surat-surat Tell el-Amarna, tarikh taksiran serangan Amori itu (abad 14 dan 13, BC). Mereka didesak di utara oleh orang Het yang memaksa mereka ke arah suku-suku selatan, dan sesetengah mereka menetap di timur Yordan. Justeru, Israel membantu orang Amon dengan menghancurkan musuh lama mereka, dan ini membuatkan kelakuan mereka pada kemudian waktu lebih keji lagi. Pada zaman Yefta mereka menindas orang Israel di timur Yordan, mendakwa bahawa orang Israel telah merampas wilayah mereka apabila mereka datang dari Mesir, sedangkan itu harta milik orang Amori yang mereka ambil (Hakim 11:1-28). Mereka dikalahkan, namun permusuhan mereka tidak terhenti, dan kelakuan mereka terhadap orang Israel khususnya memalukan, sebagaimana pada zaman Saul (1Samuel 11) dan Daud (2Samuel 10). Ini mungkin sebabnya bagi layanan kejam yang diberikan kepada mereka dalam perang yang menyusuli (2Samuel 12:26-31).

Mereka nampaknya telah ditundukkan sepenuhnya oleh Daud dan ibu kota mereka ditakluki, dan kita temui suatu semangat yang lebih baik selepas itu, sebab Nahas dari Raba memperlihatkan kebaikan kepadanya ketika dia seorang pelarian (2Samuel 17:27-29). Negeri mereka kemudiannya dimiliki Yerobeam, pada pembahagian kerajaan itu dan apabila orang Aram/Syria dari Damsyik mengambil harta milik kerajaan Israel di timur Yordan, orang Amon menjadi warga-warga Benhadad. Permusuhan mereka terhadap kedua-dua kerajaan, Yehuda dan Israel, sering ternyata. Pada zaman Yosafat mereka bergabung dengan orang Moab dalam satu serangan atasnya, namun menemui bencana (2Tawarikh 20). Mereka membayar ufti kepada Yotam (2Tawarikh 27:5).

Kekejaman mereka dikecam oleh nabi Amos 1:13, dan kemusnahan mereka oleh Yeremia 49:1-6; Yehezkiel 21:28-32; Zakharia 2:8,9. Pembunuhan Gedalya oleh mereka (2Raja-raja 25:22-26; Yeremia 40:14) merupakan perbuatan pengecut. Tobia orang Amon bersatu dengan Sanbalat untuk menentang Nehemia (Nehemia 4), dan tentangan mereka terhadap orang Yahudi tidak terhenti dengan pendirian kuasa orang Yahudi di Yudea.

Daud mengalahkan orang Amon

2 Samuel 10:1-19  Sesudah itu matilah raja bani Amon; dan Hanun, anaknya, menjadi raja menggantikan dia. 2 Lalu berkatalah Daud: "Aku akan menunjukkan persahabatan kepada Hanun bin Nahas, sama seperti ayahnya telah menunjukkan persahabatan kepadaku." Sebab itu Daud menyuruh menyampaikan pesan turut berdukacita kepadanya dengan perantaraan pegawai-pegawainya karena kematian ayahnya. Tetapi ketika pegawai-pegawai Daud sampai ke negeri bani Amon itu, 3 berkatalah pemuka-pemuka bani Amon itu kepada Hanun, tuan mereka: "Apakah menurut anggapanmu Daud hendak menghormati ayahmu, karena ia telah mengutus kepadamu orang-orang yang menyampaikan pesan turut berdukacita? Bukankah dengan maksud untuk menyelidik kota ini, untuk mengintainya dan menghancurkannya maka Daud mengutus pegawai-pegawainya itu kepadamu?" 4 Lalu Hanun menyuruh menangkap pegawai-pegawai Daud itu, disuruhnya mencukur setengah dari janggut mereka dan memotong pakaian mereka pada bagian tengah sampai pantat mereka, kemudian dilepasnya mereka. 5 Hal ini diberitahukan kepada Daud, lalu disuruhnya orang menemui mereka, sebab orang-orang itu sangat dipermalukan. Raja berkata: "Tinggallah di Yerikho sampai janggutmu itu tumbuh, kemudian datanglah kembali." 6 Setelah dilihat bani Amon, bahwa mereka dibenci Daud, maka bani Amon itu menyuruh orang menyewa dari orang Aram-Bet-Rehob dan orang Aram dari Zoba dua puluh ribu orang pasukan berjalan kaki, dari raja negeri Maakha seribu orang dan dari orang-orang Tob dua belas ribu orang. 7 Ketika Daud mendengar hal itu, disuruhnyalah Yoab maju dengan segenap pasukan pahlawan. 8 Lalu bani Amon maju, diaturnya barisan perangnya di depan pintu gerbang, sedang orang Aram dari Zoba dan dari Rehob dan orang-orang Tob dan Maakha ada tersendiri di padang. 9 Ketika Yoab melihat, bahwa serangan itu mengancam dia dari depan dan dari belakang, maka dipilihnyalah sebagian dari orang pilihan Israel, lalu ia mengatur barisan mereka berhadapan dengan orang Aram itu. 10 Selebihnya dari rakyat itu ditempatkannya di bawah pimpinan Abisai, adiknya, yang mengatur barisan mereka berhadapan dengan bani Amon itu. 11 Lalu berkatalah Yoab: "Jika orang Aram itu lebih kuat dari padaku, maka haruslah engkau menolong aku, tetapi jika bani Amon itu lebih kuat dari padamu, maka aku akan datang menolong engkau. 12 Kuatkanlah hatimu dan marilah kita menguatkan hati untuk bangsa kita dan untuk kota-kota Allah kita. TUHAN kiranya melakukan yang baik di mata-Nya." 13 Lalu Yoab dan tentara yang bersama-sama dengan dia maju berperang melawan orang Aram dan orang-orang itu melarikan diri dari hadapannya. 14 Ketika bani Amon melihat, bahwa orang Aram sudah melarikan diri, maka merekapun larilah dari hadapan Abisai dan masuk ke dalam kota. Sesudah itu pulanglah Yoab setelah memerangi bani Amon dan sampailah ia ke Yerusalem. 15 Ketika orang Aram melihat, bahwa mereka telah terpukul kalah oleh orang Israel, maka berkumpullah mereka bersama-sama. 16 Juga Hadadezer menyuruh orang Aram yang di seberang sungai Efrat maju berperang; mereka sampai ke Helam di bawah pimpinan Sobakh, panglima tentara Hadadezer. 17 Setelah hal itu diberitahukan kepada Daud, maka dikumpulkannya seluruh orang Israel, diseberanginya sungai Yordan, lalu sampai ke Helam. Orang Aram mengatur barisannya berhadapan dengan Daud dan bertempur melawan dia, 18 tetapi orang Aram itu lari dari hadapan orang Israel, dan Daud membunuh dari orang Aram itu tujuh ratus ekor kuda kereta dan empat puluh ribu orang pasukan berkuda. Sobakh, panglima tentara mereka, dilukainya sedemikian, hingga ia mati di sana. 19 Ketika dilihat semua raja, yang takluk kepada Hadadezer, bahwa mereka telah terpukul kalah oleh orang Israel, maka mereka mengadakan perdamaian dengan orang Israel dan takluk kepada mereka; sesudah itu takutlah orang Aram memberi pertolongan lagi kepada bani Amon.

(lihat juga 1Tawarikh 19:1-19)

Alkitab meletakkan urutan penaklukan dari Daud tetapi itu adalah untuk menunjuk ke arah akhir zaman pada Zaman Akhir dan kepada kedatangan Mesias.

Nubuatan – Penyingkiran daripada jemaat

Penyingkiran Moab dan Amon daripada jemaat adalah sebab keberhalaan mereka. Mereka harus dijadikan tawanan selama berabad-abad untuk menangani keberhalaan itu. Hanya pada kedatangan Mesias barulah mereka akan benar-benar disembuhkan dan bebas daripada keberhalaan mereka, iaitu apa yang terjadi kepada Islam kerana korupsi melalui Hadis.

Ulangan 23:3-6  Seorang Amon atau seorang Moab janganlah masuk jemaah TUHAN, bahkan keturunannya yang kesepuluhpun tidak boleh masuk jemaah TUHAN sampai selama-lamanya, 4 karena mereka tidak menyongsong kamu dengan roti dan air pada waktu perjalananmu keluar dari Mesir, dan karena mereka mengupah Bileam bin Beor dari Petor di Aram-Mesopotamia melawan engkau, supaya dikutukinya engkau. 5 Tetapi TUHAN, Allahmu, tidak mau mendengarkan Bileam dan TUHAN, Allahmu, telah mengubah kutuk itu menjadi berkat bagimu, karena TUHAN, Allahmu, mengasihi engkau. 6 Selama engkau hidup, janganlah engkau mengikhtiarkan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka sampai selama-lamanya.

Ilah-ilah Keturunan Lot

Keturunan Lot mengikut tuhan-tuhan asing yang mereka hasilkan dalam negeri itu.

Tuhan Amon ialah Milkom, dan seperti yang kita sudah lihat Tuhan Moab ialah Kamos. Keduanya merupakan versi korban Baal yang menakutkan dalam mana anak-anak dikorbankan untuk menenangkan dewa-dewa bijiran, minyak dan anggur. Dewa-dewa purba Timur Tengah dibawa masuk bersama suku-suku itu ke Eropah dengan  nama-nama seperti Malcom, James/Shamus/Saun (untuk Shams dewa/dewi matahari). Atas sebab inilah seorang lelaki Moab tidak boleh masuk jemaat Tuhan Allah Israel. Orang Fenisia juga merupakan pengikut jenis tuhan korban ini dan mereka menyertai keturunan Esau dalam amalan ini (lihat 1 Raja-raja 11:7).

Milkom dan Kamus akan dimusnahkan.

Yeremia 49:1-6 Mengenai bani Amon. Beginilah firman TUHAN: "Tidak adakah anak Israel, tidak adakah ahli warisnya? Mengapakah dewa Milkom memiliki Gad, dan bangsanya mendiami kota-kotanya? 2 Sebab itu, sesungguhnya, waktunya akan datang, demikianlah firman TUHAN, bahwa Aku akan memperdengarkan tempik sorak peperangan terhadap Raba bani Amon. Kota itu akan menjadi anak bukit yang tandus, dan kota-kota jajahannya akan dibakar dengan api; maka Israel akan memiliki orang-orang yang dahulu memilikinya, firman TUHAN. 3 Merataplah, hai Hesybon, sebab pembinasa telah maju menyerbu, berteriaklah, hai puteri-puteri Raba, kenakanlah kain kabung, berkabunglah, berjalan kelilinglah dengan luka toreh-torehan, sebab Milkom akan pergi ke dalam pembuangan bersama-sama dengan para imam dan pemuka-pemukanya. 4 Betapa engkau memegahkan dirimu dengan lembahmu, hai puteri yang congkak, yang percaya akan harta bendanya dan yang berkata: Siapakah yang berani datang menyerang aku? 5 Sesungguhnya, Aku mendatangkan kekejutan atasmu demikianlah firman Tuhan ALLAH semesta alam, dari segala tempat di sekitarmu, sehingga kamu bersorak-sorak, masing-masing ke arahnya sendiri, dan tidak ada yang mengumpulkan orang-orang yang mengembara itu. 6 Tetapi sesudah itu Aku akan memulihkan keadaan bani Amon itu, demikianlah firman TUHAN."

Pusaka Amon

Ulangan 2:16-22  Maka ketika dari bangsa itu telah habis binasa semua prajurit, 17 berfirmanlah TUHAN kepadaku: 18 Pada hari ini engkau akan berjalan melintasi perbatasan Moab, yakni Ar, 19 maka engkau sampai ke dekat bani Amon. Janganlah melawan mereka dan janganlah menyerang mereka, sebab Aku tidak akan memberikan kepadamu apapun dari negeri bani Amon itu menjadi milikmu, karena Aku telah memberikannya kepada bani Lot menjadi miliknya. 20 --Negeri inipun dikira orang negeri orang Refaim. Dahulu orang Refaim diam di sana, tetapi orang Amon menyebut mereka orang Zamzumim, 21 suatu bangsa yang besar dan banyak jumlahnya, tinggi seperti orang Enak, tetapi TUHAN telah memunahkan mereka dari hadapan bani Amon, sehingga orang-orang ini menduduki daerah mereka dan menetap di sana menggantikan mereka; 22 seperti yang dilakukan TUHAN bagi bani Esau yang diam di Seir, ketika Ia memunahkan orang Hori dari hadapan mereka, sehingga mereka menduduki daerah orang Hori itu dan menetap di sana menggantikan orang-orang itu sampai sekarang.

Israel dilarang mengganggu pusaka Lot

Meskipun dengan hukuman bani Lot, Israel jelas dilarang mengganggu pusaka mereka.

Ulangan 2:19, 37  maka engkau sampai ke dekat bani Amon. Janganlah melawan mereka dan janganlah menyerang mereka, sebab Aku tidak akan memberikan kepadamu apapun dari negeri bani Amon itu menjadi milikmu, karena Aku telah memberikannya kepada bani Lot menjadi miliknya.

Justeru mereka akan menjadi sebahagian daripada Israel di bawah Mesias namun mereka akan terus menyimpan tanah mereka sebagai sebahagian daripada persekutuan akhir itu. Itulah berkat Tuhan kepada Abraham; dan Lot merupakan anak saudara dan anak angkatnya. Abraham menghormati pilihan tanah Lot.

37 Hanya negeri bani Amon tidak engkau dekati, baik sungai Yabok sepanjang tepinya maupun kota-kota di pegunungan, tepat seperti yang dilarang TUHAN, Allah kita."

Pemulihan dan Pendamaian

Seperti Moab, Amon juga akan dipulihkan. Raba dan Amon akan didamaikan.

Yehezkiel 21:20, 28-32  Gambarlah dari jalan mana pedang itu datang melawan Raba, ibukota bani Amon dan melawan Yehuda, yang bentengnya ada di Yerusalem. 28 "Dan engkau anak manusia, bernubuatlah dan katakan: Beginilah firman Tuhan ALLAH mengenai bani Amon dan cercaan mereka; katakanlah: Pedang, pedang sudah tercabut untuk menumpahkan darah, digosok untuk memusnahkan, dan supaya mengkilap seperti petir-- 29 sedang orang melihat penglihatan-penglihatan yang menipu bagimu dan memberi tenungan-tenungan bohong kepadamu--untuk ditetakkan ke leher orang-orang fasik yang durhaka, yang saatnya sudah tiba untuk penghakiman terakhir. 30 Kembalikanlah itu ke sarungnya! Di tempat penciptaanmu dan di negeri asalmu Aku akan menghukum engkau. 31 Aku akan mencurahkan geram-Ku atasmu dan menyemburkan api murka-Ku kepadamu dan menyerahkan engkau ke dalam tangan orang-orang dungu, yang menimbulkan kemusnahan. 32 Engkau menjadi makanan api, darahmu akan tertumpah di tengah-tengah tanah itu, dan engkau tidak akan diingat-ingat lagi, sebab Aku, TUHAN, yang mengatakannya."

Yehezkiel 25:1-11  Datanglah firman TUHAN kepadaku: 2 "Hai anak manusia, tujukanlah mukamu kepada bani Amon dan bernubuatlah melawan mereka! 3 Katakanlah kepada bani Amon: Dengarlah firman Tuhan ALLAH: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Oleh karena engkau menyerukan: Syukur! mengenai tempat kudus-Ku, waktu kekudusannya dilanggar, dan mengenai tanah Israel, waktu itu dijadikan sunyi sepi, dan mengenai kaum Yehuda, waktu mereka harus pergi ke dalam pembuangan, 4 oleh sebab itu, sungguh, Aku menyerahkan engkau kepada orang dari sebelah timur menjadi miliknya; mereka akan mendirikan perkemahannya padamu dan membangun tempat kediamannya; mereka akan memakan buah-buahanmu dan meminum susu ternakmu.

Inilah orang Arab, daripada Ismael dan Amalek serta orang lain, seperti kita lihat di atas. Ingat Amalek juga keturunan Abraham. Bersama dengan Edom dan orang Midian mereka merupakan Raja-raja Gembala Hyksos di Mesir.

5 Aku akan membuat Raba menjadi padang rumput untuk unta dan kota-kota bani Amon menjadi tempat kambing domba. Dan kamu akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN. 6 Sebab beginilah firman Tuhan ALLAH: Oleh karena engkau bertepuk tangan dan mengentakkan kakimu ke tanah, dan bergembira dalam hatimu atas kecelakaan tanah Israel, 7 oleh sebab itu, sungguh, Aku akan mengacungkan tangan-Ku melawan engkau dan menyerahkan engkau menjadi jarahan bagi suku-suku bangsa dan melenyapkan engkau dari tengah bangsa-bangsa dan membinasakan engkau dari negeri-negeri; Aku akan memusnahkan engkau. Dengan demikian engkau akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN." 8 Beginilah firman Tuhan ALLAH: "Oleh karena Moab berkata: Sungguh, kaum Yehuda adalah sama dengan semua bangsa lain, 9 oleh sebab itu, sungguh, Aku akan membiarkan dataran tinggi Moab terbuka dengan runtuhnya kota-kotanya, ya, kota-kotanya tanpa terkecuali, yaitu kepermaian negeri itu: Bet-Yesimot, Baal-Meon dan Kiryataim. 10 Aku akan menyerahkan dia bersama bani Amon kepada orang dari sebelah Timur menjadi miliknya, supaya bani Amon jangan diingat-ingat lagi di antara bangsa-bangsa. 11 Aku akan menjatuhkan hukuman kepada Moab dan mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN."

Moab tidak lagi dinamakan, ia diberikan dengan Amon kepada bangsa Arab dan digabungkan dengan Amon. Yang diingati hanyalah Amon, saudara lebih muda, dalam nama Aman, iaitu ibu kota Yordan; tetapi Moab tidak diingati. Ia berada di bawah Kerajaan Yordan, yang akan ditempatkan di bawah Mesias sebagai Raja pada waktu terdekat.

Keluarga raja ini meluas dari Damsyik ke Iraq selepas Perang Dunia II dan digantikan oleh republik di situ di bawah parti Baath dan Saddam Hussein.

Amon dan Moab dan orang Amori

Nubuatan mengatakan bahawa Amon dan Moab serta bahagian utama bani Amori akan terlepas daripada tangan Raja Utara.

Daniel 11:41 Juga Tanah Permai akan dimasukinya, dan banyak orang akan jatuh; tetapi dari tangannya akan terluput tanah Edom, tanah Moab dan bagian yang penting dari bani Amon.

Amos 1:13-15 Beginilah firman TUHAN: "Karena tiga perbuatan jahat bani Amon, bahkan empat, Aku tidak akan menarik kembali keputusan-Ku: Oleh karena mereka membelah perut perempuan-perempuan hamil di Gilead dengan maksud meluaskan daerah mereka sendiri, 14 Aku akan menyalakan api di dalam tembok Raba, sehingga purinya dimakan habis, diiringi sorak-sorai pada waktu pertempuran, diiringi angin badai pada waktu puting beliung; 15 dan raja mereka harus pergi sebagai orang buangan, ia bersama-sama dengan pembesar-pembesarnya," firman TUHAN.

Raja mereka pada Zaman Akhir ialah Mesias yang datang.

Pemulihan Zaman Akhir

Zefanya 2:8-11 8 "Aku telah mendengar pencelaan dari pihak Moab dan kata-kata nista dari pihak bani Amon, bagaimana mereka mencela umat-Ku dan membesarkan dirinya terhadap daerah umat-Ku itu. 9 Sebab itu, demi Aku yang hidup--demikianlah firman TUHAN semesta alam, Allah Israel--maka Moab akan menjadi seperti Sodom dan bani Amon seperti Gomora, yakni menjadi padang jeruju dan tempat penggalian garam dan tempat sunyi sepi sampai selama-lamanya. Sisa-sisa umat-Ku akan menjarah mereka dan yang masih tinggal dari bangsa-Ku itu akan memiliki mereka sebagai warisan." 10 Inilah yang menjadi bagian mereka sebagai ganti kecongkakan mereka, sebab mereka telah mencela dan membesarkan diri terhadap umat TUHAN semesta alam. 11 TUHAN akan mendahsyatkan mereka, sebab Ia akan melenyapkan para allah di bumi, dan kepada-Nya akan sujud menyembah setiap bangsa daerah pesisir, masing-masing dari tempatnya.

ESAU/EDOM

Sempadan-sempadan Edom boleh dilukis dengan pendekatan tertentu kepada ketepatan. Di Timur ‘Araba sempadan utara bermula dari Laut Mati, dan ditandakan oleh Wady el-Kurachi, atau Wady el-Chasa. Di Timur ia bersempadan dengan padang gurun. Sempadan selatan melalui Elat dan Ezion-geber (Ulangan 2:8). Di Barat ‘Araba sempadan utara Edom ditentukan oleh sempadan selatan Israel, seperti ditunjukkan dalam Bilangan 34:3 dan seterusnya: satu garis dari Laut Asin ke selatan Pendakian Akrabim ke Zin dan Kadesh-barnea. Tempat terakhir ini, kita dimaklumkan, terletak di “tepi perbatasan” sempadan Edom (Bilangan 20:16). Garis ini secara umumnya boleh ditunjukkan oleh laluan Wady el-Fiqrah. Sukar untuk mengatakan berapa banyak kawasan tanah tinggi Barat ‘Araba ke selatan hingga Teluk ‘Aqaba termasuk dalam Edom.

Sejarah

Kita mula-mula mendengar tentang perang antara Israel dan Edom di bawah Saul (1Samuel 14:47). Daud berperang dengan begitu bertenaga, membunuh 18,000 orang Edom (dibaca begitu bukan “orang Aram/Syria”) di Lembah Asin (2Samuel 8:13); Yoab terus tinggal enam bulan di negeri itu, yang ditempatkan pasukan-pasukan orang Israel, “lalu menewaskan semua laki-laki di Edom” (1Raja-raja 11:15). Hadad daripada kerabat raja Edom melarikan diri ke Mesir, dan kemudian hari menjadi punca masalah untuk Salomo (1Raja-raja 11:14,25). Di bawah Yoram bin Yosafat, Edom memberontak. Yoram mengalahkan mereka di Zair, tetapi tidak mampu memadamkan pemberontakan itu (2Raja-raja 8:20). Amazia menyerang negeri itu, membunuh 10,000 di Lembah Asin, dan merampas Sela yang dinamakannya Yokteel (2Raja-raja 14:7). Uzia memulihkan pelabuhan Edom bernama Elat (2Raja-raja 14:22). Mereka memberi segala bantuan yang mereka mampu kepada Nebukadnezar, dan bersukaria dengan kemusnahan Yerusalem, serta membangkitkan kemarahan teramat sengit dalam hati orang Yahudi (Ratapan 4:21; Yehezkiel 25:12; 35:3; Obaja 1:10). Orang Edom masuk ke dalam kawasan yang kini kosong di Selatan Yehuda. Pada 300 BC Gunung Seir dengan ibu kotanya Petra jatuh ke dalam tangan orang Nabatea.

Idumaea dan rakyat Idumea

Di barat ‘Araba negeri yang mereka duduki dikenali sebagai nama Yunani Idumaea, dan rakyatnya orang Idumea. Hebron, kota utama mereka, ditakluk oleh Judas Maccabees pada 165 BC (1Macc 4:29,61; 5:65). Pada 126 BC negeri itu ditakluk oleh John Hyrcanus, yang memaksa rakyatnya menjadi orang Yahudi dan menyerah kepada penyunatan. Antipater, gabenor Idumaea, dijadikan wakil Yudea, Samaria dan Galilea oleh Julius Caesar. Dia membuka jalan kepada takhta untuk anaknya Herod yang Agung. Dengan kejatuhan Yehuda di bawah orang Roma, Idumaea hilang daripada sejarah.

Esau anak sulung Ishak dan Ribka

Esau merupakan anak sulung Ishak dan Ribka, dan saudara kembar Yakub.

Akar namanya dalam Ibrani diperolehi daripada perkataan asuy bererti “penyelesaian”, dijadikan dan lengkap, sebab Esau dilahirkan berbulu dan amat kuat, “telah lengkap” dan bukan seperti kanak-kanak.

Nubuatan mengenai Edom

Sebelum kelahiran Esau, Tuhan memberitahu Ribka bahawa anak tuanya akan menjadi hamba anak mudanya.

Kejadian 25:21-23 Berdoalah Ishak kepada TUHAN untuk isterinya, sebab isterinya itu mandul; TUHAN mengabulkan doanya, sehingga Ribka, isterinya itu, mengandung. 22 Tetapi anak-anaknya bertolak-tolakan di dalam rahimnya dan ia berkata: "Jika demikian halnya, mengapa aku hidup?" Dan ia pergi meminta petunjuk kepada TUHAN. 23 Firman TUHAN kepadanya: "Dua bangsa ada dalam kandunganmu, dan dua suku bangsa akan berpencar dari dalam rahimmu; suku bangsa yang satu akan lebih kuat dari yang lain, dan anak yang tua akan menjadi hamba kepada anak yang muda."

Esau pergi daripada kota Hebron, dan meninggalkannya untuk saudaranya dan menetap di Seir, dan memanggil negeri itu sempena namanya sendiri, Edom (Kejadian 36:16). Adom/Edom dalam bahasa Ibrani bererti merah namun orang Yunani memanggilnya Idumea (Yesaya 34:5-6; Yehezkiel 35:15). Ia juga dikenali sebagai “daerah Edom” (Kejadian 32:3). Oleh sebab kawasan itu bergunung sebahagiannya, ia juga dikenali sebagai “pergunungan Esau” atau “gunung Seir” (Obaja 1:8,9,19,21). Bahagian selatan Edom dikenali sebagai Teman.

Suku Temani juga tersebar ke timur sama seperti suku-suku lain ke dalam bangsa-bangsa lain. Mereka disebut bersama dengan Dedan di selatan Edom. ISBE menyatakan ini tentang mereka.

TEMAN [ISBE]

TEMAN - te'-man (teman, "di sebelah kanan," iaitu "selatan"; Thaiman): Nama sebuah daerah dan kota di negeri Edom, dinamakan sempena Teman cucu Esau, anak kepada anak sulungnya, Elifas (Kejadian 36:11; 1 Tawarikh 1:36). Seorang adipati Teman dinamakan di kalangan kepala kaum Edom (Kejadian 36:42; 1 Tawarikh 1:53). Bagaimanapun dia tidak muncul dahulu, di tempat anak sulung. Husyam dari negeri orang Teman merupakan salah seorang raja purba Edom (Kejadian 36:34; 1 Tawarikh 1:45). Daripada Obaja 1:9 kita ketahui bahawa Teman berada dalam negeri Esau (Edom). Dalam Amos 1:12 ia dinamakan bersama Bozra, ibu kota Edom. Dalam Yehezkiel 25:13 kehancuran diumumkan atas Edom: “Dari Teman sampai Dedan mereka akan mati rebah oleh pedang.” Dedan berada di Selatan, jadi Teman harusnya berada di Utara. Eusebius, Onomasticon mengetahui sebuah daerah di wilayah Gebalene yang dipanggil Theman, dan juga sebuah kota dengan nama yang sama, yang didiami pasukan tentera Roma, 15 batu dari Petra. Malangnya tiada petunjuk arah diberikan. Belum ada lagi kesan nama ini ditemui. Ia mungkin berada di perjalanan dari Elat ke Bozra.
Penduduk Teman nampaknya terkenal kerana kebijaksanaan mereka (Yeremia 49:7; Obaja 1:8 dan seterusnya). Elifas orang Teman merupakan kepala penghibur-penghibur Ayub (2:11, dsb.). Cara bagaimana kota itu disebutkan oleh para nabi, sebagai kota tersendiri, dan sekali lagi untuk mewakili Edom, menunjukkan betapa pentingnya kota ini pada zaman mereka.
W. Ewing

Walaupun Teman berada di Utara dekat Petra, ia juga berada di timur dan dipisahkan daripada pergunungan Paran oleh Araba, justeru memanjang di sekeliling Edom ke Dedan.

Berkat Ishak kepada Esau

Kejadian 27:34-41  Sesudah Esau mendengar perkataan ayahnya itu, meraung-raunglah ia dengan sangat keras dalam kepedihan hatinya serta berkata kepada ayahnya: "Berkatilah aku ini juga, ya bapa!" 35 Jawab ayahnya: "Adikmu telah datang dengan tipu daya dan telah merampas berkat yang untukmu itu." 36 Kata Esau: "Bukankah tepat namanya Yakub, karena ia telah dua kali menipu aku. Hak kesulunganku telah dirampasnya, dan sekarang dirampasnya pula berkat yang untukku." Lalu katanya: "Apakah bapa tidak mempunyai berkat lain bagiku?" 37 Lalu Ishak menjawab Esau, katanya: "Sesungguhnya telah kuangkat dia menjadi tuan atas engkau, dan segala saudaranya telah kuberikan kepadanya menjadi hambanya, dan telah kubekali dia dengan gandum dan anggur; maka kepadamu, apa lagi yang dapat kuperbuat, ya anakku?" 38 Kata Esau kepada ayahnya: "Hanya berkat yang satu itukah ada padamu, ya bapa? Berkatilah aku ini juga, ya bapa!" Dan dengan suara keras menangislah Esau. 39 Lalu Ishak, ayahnya, menjawabnya: "Sesungguhnya tempat kediamanmu akan jauh dari tanah-tanah gemuk di bumi dan jauh dari embun dari langit di atas. 40 Engkau akan hidup dari pedangmu dan engkau akan menjadi hamba adikmu. Tetapi akan terjadi kelak, apabila engkau berusaha sungguh-sungguh, maka engkau akan melemparkan kuk itu dari tengkukmu." 41 Esau menaruh dendam kepada Yakub karena berkat yang telah diberikan oleh ayahnya kepadanya, lalu ia berkata kepada dirinya sendiri: "Hari-hari berkabung karena kematian ayahku itu tidak akan lama lagi; pada waktu itulah Yakub, adikku, akan kubunuh."

Nubuatan ini dipenuhi apabila orang Edom ditakluk oleh Yehuda di bawah John Hyrcanus pada Abad Kedua BCE, dan mereka diserap masuk ke dalam Yehuda di Yudea dan bukan Yehuda di Galilea. Herod merupakan orang Edom Hasmonea. Orang Edom juga bercampur dengan orang Fenisia. Kita akan lihat lebih banyak tentang hal ini kemudian (lihat juga karya Perang dengan Rom dan Kejatuhan Bait (No. 298)).

Kejadian 36: Keluarga Esau

Esau mengahwini tiga isteri: Ada, Oholibama dan Basmat. Mereka juga dikenali dengan nama kedua: Ada/Basmat, Oholibama/Yudit dan Basmat/Mahalat.

Anak-anak lelaki Esau

Inilah keturunan Esau, yaitu Edom. 2 Esau mengambil perempuan-perempuan Kanaan menjadi isterinya, yakni Ada, anak Elon orang Het, dan Oholibama, anak Ana anak Zibeon orang Hewi, 3 dan Basmat, anak Ismael, adik Nebayot. 4 Ada melahirkan Elifas bagi Esau, dan Basmat melahirkan Rehuel, 5 dan Oholibama melahirkan Yeush, Yaelam dan Korah. Itulah anak-anak Esau, yang lahir baginya di tanah Kanaan. 6 Esau membawa isteri-isterinya, anak-anaknya lelaki dan perempuan dan semua orang yang ada di rumahnya, ternaknya, segala hewannya dan segala harta bendanya yang telah diperolehnya di tanah Kanaan, lalu pergilah ia ke negeri lain dan ia meninggalkan Yakub, adiknya itu. 7 Sebab harta milik mereka terlalu banyak, sehingga mereka tidak dapat tinggal bersama-sama, dan negeri penumpangan mereka tidak dapat memuat mereka karena banyaknya ternak mereka itu. 8 Maka menetaplah Esau di pegunungan Seir; Esau itulah Edom. 9 Inilah keturunan Esau, bapa orang Edom, di pegunungan Seir.

Seir merupakan satu lagi nama untuk Edom. Nampaknya suku Esau telah menghalau penghuni asal Seir, orang Hori (Kejadian 14:6; Ulangan 2:12).

Esau mempunyai lima anak lelaki daripada tiga isterinya itu.
Ada
(1) Elifas: anak sulung (SHD 646) bererti tuhan emas.

Basmat (anak perempuan Ismael)
(1) Rehuel (SHD 7467) bererti sahabat Tuhan.

Oholibama
(1) Yeush/Yehush (SHD 3266) bererti terburu-buru.
(2) Yaelam/Yaalam (SHD 3281) ghaib.
(3) Korah (SHD 7141) bererti ais (seolah-olah botak iaitu licin)

Cucu lelaki Esau

11 Anak-anak Elifas ialah Teman, Omar, Zefo, Gaetam dan Kenas. 12 Timna adalah gundik Elifas anak Esau; ia melahirkan Amalek bagi Elifas. Itulah cucu-cucu Ada isteri Esau. 13 Inilah anak-anak Rehuel: Nahat, Zerah, Syama dan Miza. Itulah cucu-cucu Basmat isteri Esau. 14 Inilah anak-anak Oholibama, isteri Esau itu, anak Ana anak Zibeon; ia melahirkan bagi Esau: Yeush, Yaelam dan Korah. 15 Inilah kepala-kepala kaum bani Esau: keturunan Elifas anak sulung Esau, ialah kepala kaum Teman, kepala kaum Omar, kepala kaum Zefo, kepala kaum Kenas, 16 kepala kaum Korah, kepala kaum Gaetam dan kepala kaum Amalek; itulah kepala-kepala kaum Elifas di tanah Edom; itulah keturunan Ada. 17 Inilah keturunan Rehuel anak Esau: kepala kaum Nahat, kepala kaum Zerah, kepala kaum Syama dan kepala kaum Miza; itulah kepala-kepala kaum Rehuel di tanah Edom; itulah keturunan Basmat isteri Esau. 18 Inilah keturunan Oholibama isteri Esau: kepala kaum Yeush, kepala kaum Yaelam, kepala kaum Korah; itulah kepala-kepala kaum Oholibama, isteri Esau, anak Ana. 19 Itulah bani Esau, yakni Edom, dan itulah kepala-kepala kaum mereka.

Anak-anak lelaki Elifas – cucu lelaki Esau dan kepala kaum

Teman (SHD 8487, daripada 8486) bererti dari selatan (di sebelah kanan seseorang yang menghadap timur)
Omar (SHD 201): suka berbicara
Zefo (SHD 6825): suka memerhati
Gaetam (SHD 1609) asal mula tidak pasti
Kenas (SHD 7073): memburu, pemburu
Amalek (SHD 6002): keturunan Esau (daripada gundik Elifas bernama Timna)

Anak-anak lelaki Rehuel – cucu lelaki Esau dan kepala kaum

Nahat (SHD 5184): sepi (kesepian)
Zerah (SHD 2226): kenaikan terang
Syama (SHD 8040): kehancuran, kehairanan, alih tempat, pembuangan
Miza (SHD 4199): pengsan sebab takut

Tiada cucu lelaki daripada Oholibama disenaraikan namun anak-anak lelakinya Yeush, Yaelam, Korah juga disenaraikan sebagai kepala kaum. Justeru subsuku mereka kurang penting dari segi nubuatan.

Anak-anak lelaki Seir orang Hori

20 Inilah anak-anak Seir, orang Hori, penduduk negeri itu: Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, 21 Disyon, Ezer, Disyan; itulah kepala-kepala kaum orang Hori, anak-anak Seir, di tanah Edom. 22 Anak-anak Lotan ialah Hori dan Heman, dan saudara perempuan Lotan ialah Timna. 23 Inilah anak-anak Syobal: Alwan, Manahat, Ebal, Syefo dan Onam. 24 Inilah anak-anak Zibeon: Aya dan Ana; Ana inilah yang menemui mata-mata air panas di padang gurun, ketika ia sedang menggembalakan keledai Zibeon ayahnya itu. 25 Inilah anak-anak Ana: Disyon dan Oholibama anak perempuan Ana. 26 Inilah anak-anak Disyon: Hemdan, Esyban, Yitran dan Keran. 27 Inilah anak-anak Ezer: Bilhan, Zaawan dan Akan. 28 Inilah anak-anak Disyan: Us dan Aran.

Kepala-kepala kaum orang Hori juga disenaraikan.

29 Itulah kepala-kepala kaum orang Hori: kepala kaum Lotan, kepala kaum Syobal, kepala kaum Zibeon, kepala kaum Ana, 30 kepala kaum Disyon, kepala kaum Ezer dan kepala kaum Disyan; itulah kepala-kepala kaum orang Hori, kaum demi kaum, di tanah Seir.

Seir ialah nama untuk gunung itu dan penduduk aslinya. Penduduk ini juga dipanggil orang Hori sempena cucu lelakinya Hori yang merupakan anak Lotan bin Seir. Saudara perempuan Lotan bernama Timna. Boleh diandaikan bahawa dialah Timna yang menjadi gundik Elifas dan dialah ibu kepada Amalek namun ini mempunyai akibat yang amat besar bagi Esau.

Bullinger mendakwa bahawa orang Hori ialah satu cabang Nefilim (lihat notanya kepada Kejadian 36:20 dan Lampiran 23 dan 25 dalam The Companion Bible). Apa yang pasti adalah mereka menetap di tanah Edom dan merupakan penduduk asal. Timna juga merupakan nama seorang Kepala Kaum Edom (lihat Kejadian 36:40 dan 1Tawarikh 1:51) dan sebuah kota dalam Yehuda (Kejadian 28:12-14) dan juga sebuah kota dalam Dan (Yosua 15:10; Hakim 14:1-5; 2Tawarikh 28:18). Justeru nama ini mempunyai asal mula Kanaan.

Tersenarai sebagai penetap di kalangan orang Kanaan juga ialah orang Refaim dan Anakim (Enak) orang Nefilim, dan yang harus dibinasakan (lihat karya Nefilim (No.134)). Daripada cerita dalam Ulangan 2 dalam ayat 9 orang Moab diberikan tanah Ar sebagai harta milik. Ulangan 2:10 dan 11 mengatakan bahawa orang Emim (atau Mereka yang Dahsyat, lihat Kejadian 14:5) besar dan tinggi seperti orang Enak, namun orang Moab memanggil mereka Emim. Ulangan 2:12 mengatakan bahawa orang Horim (Hori) juga tinggal di Gunung Seir sebelum Esau mengambil alihnya dan memusnahkan mereka dan diam di tanah mereka. Orang Horim ini boleh dikatakan sama seperti orang Hori dan dengan itu ialah Nefilim.

Orang Amon memanggil Nefilim di tempat mereka Zamzumim dan dengan cara yang sama mereka memusnahkan mereka.

Jika Timna, gundik Elifas, ialah saudara perempuan Lotan maka dia seorang Hori dan sekiranya orang Hori benar-benar Nefilim maka orang Amalek ialah Nefilim sebahagiannya dan kemasukan-kemasukan kemudian berkesudahan dengan perintah untuk penghapusan beberapa suku Kanaan oleh sebab pencemaran dengan Refaim, Anakim, Emim dan Zamzumim dan Horim yang semuanya tidak memiliki kebangkitan.

Itulah sebabnya kenapa mereka diizinkan untuk dimusnahkan menurut perintah raja Persia seperti yang kita lihat dalam Ester (lihat Komentar tentang Ester (No. 63)) dan kenapa Tuhan memerintahkan penghapusan Agag dan orang Amalek dan kenapa Saul ditegur dan dibunuh oleh Samuel. YDNA dengan mudah mengenal pasti keturunan manusia hari ini dan mereka semua berasal daripada satu keturunan dan mtDNAnya datang daripada seorang perempuan, dan dengan itu Nefilim telah dihapuskan (lihat karya Asal Genetik Bangsa-bangsa (No. 265)).

Raja-raja Edom

Bullinger memperhatikan bahawa ayat 31 (di bawah) merujuk kepada Kejadian 17:6; 35:11 dan Ulangan 17:14-20.

31 Inilah raja-raja yang memerintah di tanah Edom, sebelum ada seorang raja memerintah atas orang Israel. 32 Di Edom yang memerintah ialah Bela bin Beor dan kotanya bernama Dinhaba. 33 Setelah Bela mati, Yobab bin Zerah dari Bozra menjadi raja menggantikan dia. 34 Setelah Yobab mati, Husyam, dari negeri orang Teman, menjadi raja menggantikan dia. 35 Setelah Husyam mati, Hadad bin Bedad menjadi raja menggantikan dia; dialah yang memukul kalah orang Midian di daerah Moab, dan kotanya bernama Awit. 36 Setelah Hadad mati, Samla dari Masreka menjadi raja menggantikan dia. 37 Setelah Samla mati, Saul, dari Rehobot yang di pinggir sungai, menjadi raja menggantikan dia. 38 Setelah Saul mati, Baal-Hanan bin Akhbor menjadi raja menggantikan dia. 39 Setelah Baal-Hanan bin Akhbor mati, Hadar menjadi raja menggantikan dia; kotanya bernama Pahu dan isterinya bernama Mehetabeel binti Matred binti Mezahab.

(lihat juga 1Tawarikh 1:43-50)

Kepala-kepala kaum keturunan Esau

40 Inilah nama kepala-kepala kaum Esau menurut kaum dan tempat mereka, dengan nama mereka masing-masing: kepala kaum Timna, kepala kaum Alwa, kepala kaum Yetet, 41 kepala kaum Oholibama, kepala kaum Ela, kepala kaum Pinon, 42 kepala kaum Kenas, kepala kaum Teman, kepala kaum Mibzar, 43 kepala kaum Magdiel dan kepala kaum Iram; itulah kepala-kepala kaum Edom, menurut tempat kediaman mereka di tanah milik mereka; Edom ialah Esau, bapa orang Edom.

1Tawarikh 1:51-54  Setelah Hadad mati, maka yang menjadi kepala-kepala kaum di Edom ialah kepala kaum Timna, kepala kaum Alya, kepala kaum Yetet, 52 kepala kaum Oholibama, kepala kaum Ela, kepala kaum Pinon, 53 kepala kaum Kenas, kepala kaum Teman, kepala kaum Mibzar, 54 kepala kaum Magdiel dan kepala kaum Iram. Itulah kepala-kepala kaum di Edom.

Daripada Nyanyian Musa

Ketika Israel dibawa keluar dari Mesir mereka sudah menjadi kumpulan yang besar dan bani Lot serta Esau melihat mereka sebagai ancaman besar. Amalek telah menjadi angkatan kuat dan mereka menunggu dalam laluan Israel ke Tanah Perjanjian mereka. Bangsa ini akan menjadi sebahagian daripada perang terhadap Israel sepanjang zaman hingga penghujung Zaman Akhir dan penubuhan Kerajaan Tuhan dalam Milenium.

Keluaran 15:15-17  Pada waktu itu gemparlah para kepala kaum di Edom, kedahsyatan menghinggapi orang-orang berkuasa di Moab; semua penduduk tanah Kanaan gemetar. 16 Ngeri dan takut menimpa mereka, karena kebesaran tangan-Mu mereka kaku seperti batu, sampai umat-Mu menyeberang, ya TUHAN, sampai umat yang Kauperoleh menyeberang. 17 Engkau membawa mereka dan Kaucangkokkan mereka di atas gunung milik-Mu sendiri; di tempat yang telah Kaubuat kediaman-Mu, ya TUHAN; di tempat kudus, yang didirikan tangan-Mu, ya TUHAN.

Tanah Edom

Musa disuruh mengelak Edom, Moab dan Amon kerana hubungan persaudaraan mereka dengan Israel. Orang Israel harus mengambil alih segala tanah yang berada dalam tangan orang Amori. Tuhan telah memberikan keturunan Esau dan Lot (orang Moab dan orang Amon) tanah mereka sama seperti Dia memberikan orang Israel tanah milik mereka.

Ulangan 2:4-12 Perintahkanlah kepada bangsa itu, demikian: Sebentar lagi kamu akan berjalan melalui daerah saudara-saudaramu, bani Esau, yang diam di Seir; mereka akan takut kepadamu. Tetapi hati-hatilah sekali; 5 janganlah menyerang mereka, sebab Aku tidak akan memberikan kepadamu setapak kaki dari negeri mereka, karena kepada Esau telah Kuberikan pegunungan Seir menjadi miliknya. 6 Makanan haruslah kamu beli dari mereka dengan uang, supaya kamu dapat makan; juga air haruslah kamu beli dari mereka dengan uang, supaya kamu dapat minum. 7 Sebab TUHAN, Allahmu, memberkati engkau dalam segala pekerjaan tanganmu. Ia memperhatikan perjalananmu melalui padang gurun yang besar ini; keempat puluh tahun ini TUHAN, Allahmu, menyertai engkau, dan engkau tidak kekurangan apapun. 8 Kemudian kita berjalan terus, meninggalkan daerah saudara-saudara kita, bani Esau yang diam di Seir, meninggalkan jalan dari Araba-Yordan, yakni dari Elat dan Ezion-Geber. Sesudah itu kita belok dan berjalan terus ke arah padang gurun Moab. 9 Lalu berfirmanlah TUHAN kepadaku: Janganlah melawan Moab dan janganlah menyerang mereka, sebab Aku tidak akan memberikan kepadamu apapun dari negerinya menjadi milikmu, karena Ar telah Kuberikan kepada bani Lot menjadi miliknya. 10 Dahulu orang Emim diam di sana, suatu bangsa yang besar dan banyak jumlahnya, tinggi seperti orang Enak. 11 Mereka itupun dikira orang Refaim, seperti juga orang Enak, tetapi orang Moab menyebut mereka orang Emim. 12 Dan dahulu di Seir diam orang Hori, tetapi bani Esau telah menduduki daerah mereka, memunahkan mereka dari hadapannya, lalu menetap di sana menggantikan mereka, seperti yang dilakukan orang Israel dengan negeri miliknya yang diberikan TUHAN kepada mereka.

Anak-anak generasi ketiga boleh diterima ke dalam jemaat Israel

Ulangan 23:7-8 Janganlah engkau menganggap keji orang Edom, sebab dia saudaramu. Janganlah engkau menganggap keji orang Mesir, sebab engkaupun dahulu adalah orang asing di negerinya. 8 Anak-anak yang lahir bagi mereka dalam keturunan yang ketiga, boleh masuk jemaah TUHAN."

Pada zaman Saul, Edom dijadikan taklukan Israel (1Samuel 14:47), dan Daud menempatkan pasukan-pasukan tentera di situ (2Samuel 8:14). Namun kemudian hari, pada zaman Yoram, anak Ahab, orang Edom merdeka daripada Israel (2Raja 8:16-22).

Mereka terus merdeka sehingga penaklukan John Hyrcanus apabila mereka bergabung dengan Israel sebahagiannya di Yudea.

Mazmur 83 merupakan pernyataan yang dibuat Daud tentang musuh-musuh Israel pada zamannya.

1 Mazmur Asaf: suatu nyanyian. Ya Allah, janganlah Engkau bungkam, janganlah berdiam diri dan janganlah berpangku tangan, ya Allah! 2 Sebab sesungguhnya musuh-musuh-Mu ribut, orang-orang yang membenci Engkau meninggikan kepala. 3 Mereka mengadakan permufakatan licik melawan umat-Mu, dan mereka berunding untuk melawan orang-orang yang Kaulindungi. 4 Kata mereka: "Marilah kita lenyapkan mereka sebagai bangsa, sehingga nama Israel tidak diingat lagi!" 5 Sungguh, mereka telah berunding dengan satu hati, mereka telah mengadakan perjanjian melawan Engkau: 6 Penghuni kemah-kemah Edom dan orang Ismael, Moab dan orang Hagar, 7 Gebal dan Amon dan Amalek, Filistea beserta penduduk Tirus, 8 juga Asyur telah bergabung dengan mereka, menjadi kaki tangan bani Lot. Sela 9 Perlakukanlah mereka seperti Midian, seperti Sisera, seperti Yabin dekat sungai Kison, 10 yang sudah dipunahkan di En-Dor, menjadi pupuk bagi tanah. 11 Buatlah para pemuka mereka seperti Oreb dan Zeeb, seperti Zebah dan Salmuna semua pemimpin mereka, 12 yang berkata: "Marilah kita menduduki tempat-tempat kediaman Allah!" 13 Ya Allahku, buatlah mereka seperti dedak yang beterbangan, seperti jerami yang ditiup angin! 14 Seperti api yang membakar hutan, dan seperti nyala api yang menghanguskan gunung-gunung, 15 kejarlah mereka dengan badai-Mu, dan kejutkanlah mereka dengan puting beliung-Mu; 16 penuhilah muka mereka dengan kehinaan, supaya mereka mencari nama-Mu, ya TUHAN! 17 Biarlah mereka mendapat malu dan terkejut selama-lamanya; biarlah mereka tersipu-sipu dan binasa, 18 supaya mereka tahu bahwa Engkau sajalah yang bernama TUHAN, Yang Mahatinggi atas seluruh bumi.

Kita boleh perhatikan bahawa kombinasi yang sama menentang Israel hari ini dan justeru itu adalah nubuatan.

Obaja mengenai Edom

Seluruh kitab Obaja mencatatkan nubuatan yang dipanjangkan terhadap Edom.

Seorang duta diutus kepada bangsa-bangsa untuk memanggil mereka berperang menentang Edom. Segala perbuatan Edom yang memusuhi Israel telah menjangkau berabad-abad dan kemurkaan Tuhan menimpa mereka. Edom akan dibinasakan dan Israel akan diselamatkan.

1 Penglihatan Obaja. Beginilah firman Tuhan ALLAH tentang Edom--suatu kabar telah kami dengar dari TUHAN, seorang utusan telah disuruh ke tengah bangsa-bangsa: "Bangunlah, marilah kita bangkit memeranginya!" -- 2 Sesungguhnya, Aku membuat engkau kecil di antara bangsa-bangsa, engkau dihinakan sangat. 3 Keangkuhan hatimu telah memperdayakan engkau, ya engkau yang tinggal di liang-liang batu, di tempat kediamanmu yang tinggi; engkau yang berkata dalam hatimu: "Siapakah yang sanggup menurunkan aku ke bumi?" 4 Sekalipun engkau terbang tinggi seperti burung rajawali, bahkan, sekalipun sarangmu ditempatkan di antara bintang-bintang, dari sanapun Aku akan menurunkan engkau, --demikianlah firman TUHAN. 5 Jika malam-malam pencuri atau perampok datang kepadamu--betapa engkau dibinasakannya--bukankah mereka akan mencuri seberapa yang diperlukannya? Jika pemetik buah anggur datang kepadamu, bukankah mereka akan meninggalkan sisa-sisa pemetikannya? 6 Betapa kaum Esau digeledah, betapa harta bendanya yang tersembunyi dicari-cari! 7 Sampai ke tapal batas engkau diusir oleh semua teman sekutumu; engkau diperdayakan, dikalahkan oleh sahabat-sahabatmu. Siapa yang makan sehidangan dengan engkau memasang jerat terhadap engkau. --Tidak ada pengertian padanya. 8 Bukankah pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN, Aku akan melenyapkan orang-orang bijaksana dari Edom, dan pengertian dari pegunungan Esau? 9 Juga para pahlawanmu, hai Teman, akan tertegun, supaya semua orang di pegunungan Esau lenyap terbunuh. 10 Karena kekerasan terhadap saudaramu Yakub, maka cela akan meliputi engkau, dan engkau akan dilenyapkan untuk selama-lamanya. 11 Pada waktu engkau berdiri di kejauhan, sedang orang-orang luar mengangkut kekayaan Yerusalem dan orang-orang asing memasuki pintu gerbangnya dan membuang undi atasnya, engkaupun seperti salah seorang dari mereka itu. 12 Janganlah memandang rendah saudaramu, pada hari kemalangannya, dan janganlah bersukacita atas keturunan Yehuda pada hari kebinasaannya; dan janganlah membual pada hari kesusahannya. 13 Janganlah masuk ke pintu gerbang umat-Ku pada hari sialnya, bahkan janganlah memandang ringan malapetaka yang menimpanya pada hari sialnya; dan janganlah merenggut kekayaannya pada hari sialnya. 14 Janganlah berdiri di persimpangan untuk melenyapkan orang-orangnya yang luput, dan janganlah serahkan orang-orangnya yang terlepas pada hari kesusahan. 15 Sebab telah dekat hari TUHAN menimpa segala bangsa. Seperti yang engkau lakukan, demikianlah akan dilakukan kepadamu, perbuatanmu akan kembali menimpa kepalamu sendiri. 16 Sesungguhnya, seperti kamu telah minum di atas gunung-Ku yang kudus, segala bangsapun akan minum dengan tidak henti-hentinya; bahkan, mereka akan minum dengan lahap, dan mereka akan menjadi seakan-akan mereka tidak pernah ada. 17 Tetapi di gunung Sion akan ada orang-orang yang terluput, dan gunung itu akan menjadi tempat kudus; dan kaum keturunan Yakub akan memiliki pula tanah miliknya. 18 Kaum keturunan Yakub akan menjadi api dan kaum keturunan Yusuf menjadi nyala api, dan kaum keturunan Esau menjadi tunggul gandum: mereka akan membakar dan memakan habis sekaliannya, dan dari kaum keturunan Esau tidak ada seorangpun yang terlepas, sebab Tuhanlah yang berfirman demikian. 19 Maka orang-orang Tanah Negeb akan memiliki pegunungan Esau, dan orang-orang Daerah Bukit akan memiliki tanah orang Filistin. Mereka akan memiliki daerah Efraim dan daerah Samaria, dan suku Benyamin akan memiliki daerah Gilead. 20 Orang-orang Israel yang diangkut ke dalam pembuangan akan memiliki tanah orang Kanaan sampai ke Zarfat; dan orang-orang Yerusalem yang diangkut ke dalam pembuangan, yang ada di Sefarad, akan memiliki kota-kota di Tanah Negeb. 21 Penyelamat-penyelamat akan naik ke atas gunung Sion untuk menghukumkan pegunungan Esau; maka Tuhanlah yang akan empunya kerajaan itu.

Perhatikan bahawa pada akhir ayat ini ia mengatakan bahawa Penyelamat-penyelamat akan naik ke atas gunung Sion untuk menghukumkan Pegunungan Esau. Teks ini merujuk kepada Mesias dan Jemaat Kebangkitan Pertama. Mereka akan mengambil tempat mereka untuk pemerintahan milenium dan penghakiman bangsa-bangsa.

Yakub disayangi, Esau dibenci

Paulus menjelaskan kasih Tuhan untuk Yakub dan kebencian terhadap Esau menurut dasar pilihan (Roma 9:10-13). Demikian juga Lea “dibenci” sebab Yakub lebih menyayangi Rahel (Kejadian 29:31-33). Umat percaya juga harus membenci ibu dan bapa mereka, dsb (Lukas 14:26) dalam ertikata bahawa mereka harus mengasihi Tuhan lebih daripada sesiapa atau apa-apa lagi.

Maleakhi 1:1-5 Ucapan ilahi. Firman TUHAN kepada Israel dengan perantaraan Maleakhi. 2 "Aku mengasihi kamu," firman TUHAN. Tetapi kamu berkata: "Dengan cara bagaimanakah Engkau mengasihi kami?" "Bukankah Esau itu kakak Yakub?" demikianlah firman TUHAN. "Namun Aku mengasihi Yakub, 3 tetapi membenci Esau. Sebab itu Aku membuat pegunungannya menjadi sunyi sepi dan tanah pusakanya Kujadikan padang gurun." 4 Apabila Edom berkata: "Kami telah hancur, tetapi kami akan membangun kembali reruntuhan itu," maka beginilah firman TUHAN semesta alam: "Mereka boleh membangun, tetapi Aku akan merobohkannya; dan orang akan menyebutkannya daerah kefasikan dan bangsa yang kepadanya TUHAN murka sampai selama-lamanya." 5 Matamu akan melihat dan kamu sendiri akan berkata: "TUHAN maha besar sampai di luar daerah Israel."

Perobohan ini berterusan sampai hari ini dan Edom masih lagi sunyi sepi di bawah Yordan. Waktu ini akan berakhir dan kawasan itu akan menjadi sebahagian daripada tanah yang diserahkan kepada Israel dengan Yordan sebagai sebahagian daripada bangsa lebih besar di bawah Mesias.

Edom menolak perjalanan Israel melalui negeri mereka

Percubaan Musa untuk melalui daerah Edom dengan damai ditemui dengan permusuhan.

Bilangan 20:18-21 Tetapi orang Edom berkata kepada mereka: "Tidak boleh kamu melalui daerah kami, nanti kami keluar menjumpai kamu dengan pedang!" 19 Lalu berkatalah orang Israel kepadanya: "Kami akan berjalan melalui jalan raya, dan jika kami dan ternak kami minum airmu, maka kami akan membayar uangnya, asal kami diizinkan lalu dengan berjalan kaki, hanya itu saja." 20 Tetapi jawab mereka: "Tidak boleh kamu lalu." Maka keluarlah orang Edom menghadapi mereka dengan banyak rakyatnya dan dengan tentara yang kuat. 21 Ketika orang Edom tidak mau mengizinkan orang Israel lalu dari daerahnya, maka orang Israel menyimpang meninggalkannya.

Daud menakluki Edom

1Tawarikh 18:11-13  Juga barang-barang ini dikhususkan raja Daud bagi TUHAN, bersama-sama perak dan emas yang diangkutnya dari segala bangsa, yakni dari orang Edom, dari orang Moab, dari bani Amon, dari orang Filistin dan dari orang Amalek. 12 Abisai, anak Zeruya, menewaskan delapan belas ribu orang Edom di Lembah Asin. 13 Lalu ia menempatkan pasukan-pasukan pendudukan di Edom, sehingga seluruh Edom diperbudak oleh Daud. TUHAN memberi kemenangan kepada Daud ke manapun ia pergi berperang.

Mereka ditakdirkan menjadi sebahagian daripada Israel di bawah Mesias.

Tuhan membangkitkan Hadad orang Edom menentang Salomo

Mereka ditundukkan oleh Daud namun digunakan oleh Tuhan terhadap Salomo apabila dia berdosa.

1Raja-raja 11:14-16  Kemudian TUHAN membangkitkan seorang lawan Salomo, yakni Hadad, orang Edom; ia dari keturunan raja Edom. 15 Sesudah Daud memukul kalah orang Edom, maka panglima Yoab pergi menguburkan orang-orang yang mati terbunuh, lalu menewaskan semua laki-laki di Edom; 16 enam bulan lamanya Yoab diam di sana dengan seluruh Israel, sampai dilenyapkannya semua laki-laki di Edom.

Nyanyian perang mengenai penaklukan Edom

Mazmur 60:8-9 Moab ialah tempat pembasuhan-Ku, kepada Edom Aku melemparkan kasut-Ku, karena Filistea Aku bersorak-sorai." 9 Siapakah yang akan membawa aku ke kota yang berkubu? Siapakah yang menuntun aku ke Edom?

Melemparkan kasutku bererti mengambil sebagai harta milik (lihat juga Mazmur 108:9-10).

Tuhan menyerahkan tentera Edom ke dalam tangan Yosafat

2Tawarikh 20:19-23  Kemudian orang Lewi dari bani Kehat dan bani Korah bangkit berdiri untuk menyanyikan puji-pujian bagi TUHAN, Allah Israel, dengan suara yang sangat nyaring. 20 Keesokan harinya pagi-pagi mereka maju menuju padang gurun Tekoa. Ketika mereka hendak berangkat, berdirilah Yosafat, dan berkata: "Dengar, hai Yehuda dan penduduk Yerusalem! Percayalah kepada TUHAN, Allahmu, dan kamu akan tetap teguh! Percayalah kepada nabi-nabi-Nya, dan kamu akan berhasil!" 21 Setelah ia berunding dengan rakyat, ia mengangkat orang-orang yang akan menyanyi nyanyian untuk TUHAN dan memuji TUHAN dalam pakaian kudus yang semarak pada waktu mereka keluar di muka orang-orang bersenjata, sambil berkata: "Nyanyikanlah nyanyian syukur bagi TUHAN, bahwasanya untuk selama-lamanya kasih setia-Nya!" 22 Ketika mereka mulai bersorak-sorai dan menyanyikan nyanyian pujian, dibuat Tuhanlah penghadangan terhadap bani Amon dan Moab, dan orang-orang dari pegunungan Seir, yang hendak menyerang Yehuda, sehingga mereka terpukul kalah. 23 Lalu bani Amon dan Moab berdiri menentang penduduk pegunungan Seir hendak menumpas dan memunahkan mereka. Segera sesudah mereka membinasakan penduduk Seir, mereka saling bunuh-membunuh.

Justeru orang Edom menjadi sekutu Yosafat (2Raja-raja 3:8-9, 26-27).

8 Lagi ia bertanya: "Melalui jalan manakah kita akan maju?" Jawabnya: "Melalui padang gurun Edom!" 9 Maka berjalanlah raja Israel dan raja Yehuda dan raja Edom. Tetapi sesudah mereka berkeliling tujuh hari perjalanan jauhnya, maka tidak terdapat air untuk tentara dan untuk hewan yang mengikuti mereka.
26 Ketika raja Moab melihat, bahwa peperangan itu terlalu berat baginya, diambilnyalah tujuh ratus orang pemegang pedang bersama-sama dia untuk menerobos ke jurusan raja Edom, tetapi tidak berhasil. 27 Kemudian ia mengambil anaknya yang sulung yang akan menjadi raja menggantikan dia, lalu mempersembahkannya sebagai korban bakaran di atas pagar tembok. Tetapi kegusaran besar menimpa orang Israel, sehingga mereka berangkat meninggalkan dia dan pulang ke negeri mereka.

Daripada bacaan ini kita perhatikan bahawa pengorbanan anak sulung raja Moab kepada Kamos disusuli oleh kegusaran besar yang menimpa orang Israel. Kita tidak diberitahu bagaimana kegusaran itu terjadi tetapi Tuhan membenci pemberian korban kepada berhala orang Moab. Bagaimanapun, ini nampaknya telah menyatukan bala tentera Moab.

Pemberontakan pada zaman Yoram

Orang Edom sering berada dalam keadaan berperang dengan Raja-raja Israel dan Yehuda yang bersebelahan.

2Raja-raja 8:20-22 Pada zamannya memberontaklah Edom dan melepaskan diri dari kekuasaan Yehuda dan mereka mengangkat seorang raja atas mereka sendiri. 21 Maka majulah Yoram ke Zair bersama-sama dengan seluruh keretanya; pada waktu malam bangunlah ia, lalu bersama-sama dengan para panglima pasukan kereta ia menerobos barisan orang Edom yang mengepung dia, tetapi rakyatnya melarikan diri pulang ke kemahnya. 22 Demikianlah Edom memberontak dan terlepas dari kekuasaan Yehuda sampai sekarang ini. Lalu Libnapun memberontak pada masa itu juga.

(lihat juga 2Tawarikh 21:8-10; 28:17).

Amazia, raja Yehuda, menyerang wilayah Edom

Amazia mengalahkan Edom dan menjadi begitu angkuh hingga memutuskan untuk menyerang Israel. Dia dikalahkan oleh lawannya yang lebih layak.

2Raja-raja 14:7-12  Ia mengalahkan Edom di Lembah Asin, sepuluh ribu orang banyaknya, dan merebut Sela dalam peperangan itu, lalu dinamainyalah kota itu Yokteel; begitulah sampai hari ini. 8 Pada waktu itu Amazia menyuruh utusan kepada Yoas bin Yoahas bin Yehu, raja Israel, mengatakan: "Mari kita mengadu tenaga!" 9 Tetapi Yoas, raja Israel, menyuruh orang kepada Amazia, raja Yehuda, mengatakan: "Rumput duri yang di gunung Libanon mengirim pesan kepada pohon aras yang di gunung Libanon, bunyinya: Berikanlah anakmu perempuan kepada anakku laki-laki menjadi isterinya. Tetapi binatang-binatang hutan yang ada di gunung Libanon itu berjalan lewat dari sana, lalu menginjak rumput duri itu. 10 Memang engkau telah mengalahkan Edom, sebab itu engkau menjadi tinggi hati. Cukuplah bagimu mendapat kehormatan itu dan tinggallah di rumahmu. Untuk apa engkau menantang malapetaka, sehingga engkau jatuh dan Yehuda bersama-sama engkau?" 11 Tetapi Amazia tidak mau mendengarkan, sebab itu majulah Yoas, raja Israel, lalu mengadu tenagalah mereka, ia dan Amazia, raja Yehuda, di Bet-Semes yang termasuk wilayah Yehuda. 12 Yehuda terpukul kalah oleh Israel, sehingga masing-masing lari ke kemahnya.

Sebab kenapa dia tidak mahu mendengar adalah kerana seperti semua orang korup mereka telah menawan orang Edom dan selepas itu menyembah tuhan-tuhan mereka setelah mereka menakluk mereka.

Amazia mencampakkan sepuluh ribu orang Edom, atau Seir, dari puncak bukit batu (Petra) untuk membalas dendam tetapi Tuhan menghukumnya dengan kekalahan oleh Israel.

2Tawarikh 25:11-12 Amazia mendapat keberanian lalu memimpin rakyatnya ke Lembah Asin dan memukul kalah sepuluh ribu orang dari bani Seir. 12 Selain itu sepuluh ribu orang ditawan hidup-hidup oleh bani Yehuda dan dibawa ke suatu puncak bukit batu, lalu mereka dicampakkan dari puncak bukit batu itu, sehingga hancurlah mereka semua.

Ini tidak menghentikan permusuhan. Layanan kasar terhadap musuh mengilhamkan kebencian lebih hebat seperti yang kita lihat hari ini di Timur Tengah. Kaum perempuan ditawan dan tuhan-tuhan Edom, serupa dengan Milkom dan Kamos orang Amon dan orang Moab, memasuki Yehuda. Amazia ditawan dalam satu konspirasi terhadapnya setelah dia melarikan diri dari Yerusalem ke Lakhis. Mereka menghantar satu angkatan ke situ dan membunuhnya dan membawa tubuhnya balik ke Yerusalem dan menguburnya di situ di kota Yehuda (2Tawarikh 25:25-28).

Anaknya Uzia ditabal sebagai raja pada umur 16 tahun dan dia mencari Tuhan Allah (Ha Elohim, Allah Maha Esa) pada zaman Zakharia dan Tuhan menguatkannya terhadap orang Filistin pinggir pantai di kota-kota Gat, Yabne (Yeba antara Yafo dan Asdod) dan juga Asdod. Dia mengalahkan orang Arab di Gur-Baal dan orang Meunim (orang Maonite berketurunan Ham). Orang Amon membayar ufti kepadanya dan dia mengukuhkan Yerusalem dengan menara (2Tawarikh 26:1-9). Uzia menjadi angkuh dan membawa ukupan ke dalam Bait Tuhan untuk membakarnya dan telah ditahan oleh Azaria dan lapan puluh imam. Dia keluar dari Bait namun ketika bokor ukupan masih berada di dalam tangannya dia ditimpa penyakit kusta (2 Tawarikh 26:16-21). Dia dikurung dalam  kediaman berasingan dan Yotam anaknya mengepalai bangsa itu dan ibadah mereka sejak waktu itu.

Yotam mentaati Tuhan dan begitu juga membuatkan orang Amon membayar ufti kepadanya sementara dia mentaati Tuhan. Dia memperkuatkan daerah luar kota dengan kota dan menara atau istana dalam hutan. Dia memerintah enam belas tahun dan meninggal dunia dan digantikan oleh anaknya Ahas yang tidak melakukan apa yang benar di mata Tuhan. Dia hidup menurut kelakuan raja-raja Israel dan membuat Baalim atau patung berhala Baal dan menyembahnya (2Tawarikh 28:1-8). Yehuda kemudiannya menjadi tawanan dan dikalahkan mula-mula sekali oleh orang Aram (Syria) kemudian oleh Israel dan beratus ribu orang dijadikan tawanan. Nabi Oded memerintah Israel untuk memakaikan mereka baju dan memulangkan tawanan-tawanan Yehuda dan mereka melakukan ituu setelah tentera kembali bersama mereka, dan tidak mengizinkan mereka ditahan.

Ahas telah menjatuhkan Yehuda begitu rendah sekali dan menjadikannya lemah melalui keberhalaannya dan pengorbanan anak-anak kepada ilah-ilah orang Edom dan Milom dan Kamos. Mereka menjadi lemah dan orang Edom menyerang waktu tiu.

2Tawarikh 28:17  Karena orang Edom telah datang pula dan mengalahkan Yehuda serta mengangkut tawanan-tawanan.

Setelah orang Edom menjarah Yehuda di timur, orang Filistin pula menyerang dari pinggir pantai dan merebut Bet-Semes, Ayalon, Gederot, Sokho, Timna dan Gomzo.

Ini menjadi satu pengajaran dan akan berulang apabila Yehuda berdosa. Begitu juga mereka kehilangan Gaza dan daerah pinggir pantai dan didesak serta diserang dari timur.

Israel telah menyusahkan Yehuda dan mengeluarkan sebahagian daripada Rumah Tuhan dan Raja Yehuda dan memberinya kepada Tiglat-pileser, Raja Asyur, namun orang Asyur tidak membantu Israel.

Ahas, raja Yehuda, kemudian mempersembah korban kepada ilah-ilah Damsyik dan orang Aram. Ahaz juga merampas barang-barang Bait dan menutup Bait serta menghancurkan barang-barang itu dan mendirikan mezbah-mezbah kepada berhala pada setiap simpang jalan di Yerusalem. Dia membangkitkan kemurkaan Tuhan dan dia mati dan digantikan oleh anaknya Hizkia, yang membawa negeri itu kembali kepada Tuhan Allah dalam pemulihannya (2Tawarikh 28:22-27; 29:1-2).

Apabila Yehuda berdosa ia dihukum. Dengan cara yang sama orang Asyur membawa Israel sebagai tawanan. Walaupun mereka telah melemahkan Yehuda dan memberi hasi jarahan kepada orang Asyur, orang Asyur memandang hina mereka kerana ini.

Ketika Yehuda lemah dan diserang, ini disebabkan mereka berdosa. Adat tradisi mereka menyebabkan mereka melanggar Hukum-hukum Tuhan dan aspek-aspek ini akan disebutkan dan diperbetulkan pada Zaman Akhir.

Tuhan menggunakan Amon, Moab dan Edom untuk membetulkan Israel dan Yehuda dan menghukum mereka apabila mereka menjauhi Tuhan. Bangsa-bangsa ini semuanya akan dihukum dan ditempatkan di bawah Israel sementara ia menjadi taman anggur Tuhan dan setia kepadaNya. Mereka ialah satu umat yang didedikasikan kepada Tuhan Allah Abraham dan akhirnya mereka akan bersama sebagai satu umat. Edom sudahpun digabungkan dengan Israel secara besar-besaran daripada penaklukan pada Abad Kedua BCE.

Seorang nabi Yahudi di Babel mengecam Edom

Mazmur 137:7  Ingatlah, ya TUHAN, kepada bani Edom, yang pada hari pemusnahan Yerusalem mengatakan: "Runtuhkan, runtuhkan sampai ke dasarnya!"

Nubuatan-nubuatan mengenai Edom

Kejadian 25:23  Firman TUHAN kepadanya: "Dua bangsa ada dalam kandunganmu, dan dua suku bangsa akan berpencar dari dalam rahimmu; suku bangsa yang satu akan lebih kuat dari yang lain, dan anak yang tua akan menjadi hamba kepada anak yang muda."

Kejadian 27:29,37-40 29 Bangsa-bangsa akan takluk kepadamu, dan suku-suku bangsa akan sujud kepadamu; jadilah tuan atas saudara-saudaramu, dan anak-anak ibumu akan sujud kepadamu. Siapa yang mengutuk engkau, terkutuklah ia, dan siapa yang memberkati engkau, diberkatilah ia."
37 Lalu Ishak menjawab Esau, katanya: "Sesungguhnya telah kuangkat dia menjadi tuan atas engkau, dan segala saudaranya telah kuberikan kepadanya menjadi hambanya, dan telah kubekali dia dengan gandum dan anggur; maka kepadamu, apa lagi yang dapat kuperbuat, ya anakku?" 38 Kata Esau kepada ayahnya: "Hanya berkat yang satu itukah ada padamu, ya bapa? Berkatilah aku ini juga, ya bapa!" Dan dengan suara keras menangislah Esau. 39 Lalu Ishak, ayahnya, menjawabnya: "Sesungguhnya tempat kediamanmu akan jauh dari tanah-tanah gemuk di bumi dan jauh dari embun dari langit di atas. 40 Engkau akan hidup dari pedangmu dan engkau akan menjadi hamba adikmu. Tetapi akan terjadi kelak, apabila engkau berusaha sungguh-sungguh, maka engkau akan melemparkan kuk itu dari tengkukmu."

Jadi bani Esau akan hidup dari pedang. Mereka tidak pernah berpisah daripada Israel dan sebenarnya sebahagian daripada Israel. Segala tanah mereka akan membentuk sebahagian Israel juga, sehingga mereka diberi tempat menetap baru oleh Mesias sebagai sebahagian daripada konfederasi.

Bilangan 24:18  Maka Edom akan menjadi tanah pendudukan dan Seir akan menjadi tanah pendudukan--musuh-musuhnya itu. Tetapi Israel akan melakukan perbuatan-perbuatan yang gagah perkasa,

Yesaya 11:14 Tetapi mereka akan terbang ke barat, ke atas lereng gunung Filistin, bersama-sama mereka akan menjarah bani Timur; mereka akan merampas Edom dan Moab, dan orang Amon akan patuh kepada mereka.

Yesaya 21:11-12 Ucapan ilahi terhadap Duma. Ada seorang berseru kepadaku dari Seir: "Hai pengawal, masih lama malam ini? Hai pengawal, masih lama malam ini?" 12 Pengawal itu berkata: "Pagi akan datang, tetapi malam juga. Jika kamu mau bertanya, datanglah bertanya sekali lagi!"

Duma dipercayai merupakan singkatan Idumea, iaitu Kerajaan Edom. Herod ialah orang Idumea. Ia bererti kesunyian dan perkataan ini digunakan untuk kesunyian Zaman Akhir. Nubuatan mengenai Wahyu 18 apabila Babel jatuh dan semua berhalanya pecah dan dicampakkan ke tanah. Masalahnya adalah Duma juga nama salah satu suku Ismael (lihat Keturunan Abraham Bahagian III: Ismael (No. 212C)). Ada antara suku ini yang diketahui telah menduduki sebahagian Pergunungan Seir apabila Edom bergerak ke barat laut untuk menduduki sebahagian tanah kosong Israel selepas penawanan oleh orang Babel. Yesaya nampaknya menggunakan ini untuk merujuk kepada gabungan pada Zaman Akhir.

Kita boleh perhatikan daripada rujukan ini bahawa Edom berkahwin campur dengan Duma serta dengan Yehuda.

Ini ialah beban Keenam Yesaya dan beban Ketujuh menyusuli teks ini mengenai Arabia. Bahagian ini mengisahkan keturunan Ketura melalui Midian sampai Dedan – seorang anak Midian – yang pernah menduduki kawasan di timur Edom dan merupakan sebahagian daripada konfederasi ini.

Istilah “dalam Arabia” (ba’rab) membawa erti pada waktu matahari terbenam atau waktu senja dan membawakan signifikans sama seperti Duma yang bererti kesunyian. Nubuatan ini merujuk kepada kejatuhan Babel (sistem agamanya) pada Zaman Akhir serta segala bebanan yang diletakkan atas orang-orang ini. Pertanyaannya kepada nabi, nampaknya oleh Edom atau Duma, ialah: “masih lama malam ini?” Dengan kata lain, bilakah mulanya Hari Milenium? Bilakah Shabbat Mesias? Berapa lama lagi kami harus menunggu? Jawapannya diberikan: "Pagi akan datang, tetapi malam juga. Jika kamu mau kembali maka kembalilah. Datanglah!” Ini ialah pagi permulaan milenium dan orang bertaubat akan melihatnya dan jemputan ini diberikan.

Yesaya bab 21 mengisahkan penaklukan-penaklukan orang Media dan Persia serta kejatuhan Babel dan kesannya ke atas keturunan Abraham melalui Hagar dan Ketura, dan bani Ishak melalui Esau. Elam ialah Persia atau Iran zaman moden. Media ialah kawasan yang diduduki oleh orang Kurd atau Kurdistan, yang termasuk Turki dan Iraq dan memasuki Georgia dan Iran.

Ia menyaksikan kejatuhan Babel (Yesaya 21:9) namun ini juga menubuatkan agama-agama palsu yang runtuh dalam konflik terakhir ini. Suku-suku yang terbabit dalam konflik ini ialah bani Dedan, anak Midian, iaitu anak Abraham melalui Ketura (Kejadian 25:3; 1Tawarikh 1:32). Mereka disebut dalam Yeremia 49:28 dan Ayub 6:13. Tema dan Kedar juga disebut. Tema dan Kedar juga merupakan bani Ismael sama seperti Duma (Kejadian 25:13,15; 1Tawarikh 1:30).

Tema membawa roti dan air kepada mereka yang melarikan diri daripada kepiluan perang. Konflik ini akan berlangsung setahun dan dalam tahun itu segala keagungan Kedar akan gagal. Dengan kata lain, sebahagian daripada bani Ismael melalui Kedar akan dihancurkan oleh konflik itu dan begitu juga nasib negeri mereka, namun mereka akan dibantu dan dipulihkan dalam proses akhir Pemulihan Milenium (lihat Yesaya 21:14-16). Bab 22 seterusnya mengisahkan Lembah Penglihatan, iaitu lembah di sekitar Yerusalem di mana Abraham mula-mula mendapat penglihatannya dan para nabi sejak itu. Septuagint dan versi Arab menafsirkan “Lembah Penglihatan” sebagai “Yerusalem.”

Sesudah perang di angkasa dan penundukan Angkatan Syurgawi penurunan di Bumi bermula dengan Timur Tengah dan dengan Edom.

Yesaya 34:5-6  Sebab pedang-Ku yang di langit sudah mengamuk, lihat, ia turun menghakimi Edom, bangsa yang Kukhususkan untuk ditumpas. 6 TUHAN mempunyai sebilah pedang yang berlumuran darah dan yang penuh lemak, yaitu darah anak-anak domba dan kambing-kambing jantan dan lemak buah pinggang domba-domba jantan. Sebab TUHAN mengadakan penyembelihan korban di Bozra dan pembantaian besar di tanah Edom.

Kita tahu bahawa tindakan ini dilaksanakan oleh Mesias setelah kedatangannya dalam pelaksanaan pembalasan dalam penghakiman. Perkataan merah di sini ialah ‘adom´ dan merujuk kepada Edom. Bozra bererti tahun terbaik (lihat bab 34:5). Mesias berjalan seperti berbaris sambil membongkok ke hadapan, dengan ketahanan dan kekuatan (Ibrani Koah). Inilah kedatangannya dalam keperkasaan dan kuasa dan bukan dalam kelemahan.

Perkataan yang digunakan untuk tempat pengirikan anggur ialah Gath. Pakaian Mesias semuanya akan dinodai darah dan Mesias berkata di sini bahawa, “Sebab hari pembalasan telah Kurencanakan dan tahun penuntutan bela telah datang.” Tahun ini menyaksikan kedatangan Mesias dan kebangkitan umat pilihan. Dari tahun ini dia menundukkan Timur Tengah, dan bani Lot, Esau dan Ismael akan dipimpin untuk bertaubat dan tunduk dengan kekuatan dan kuasa.

Yesaya 63:1-4 "Siapa dia yang datang dari Edom, yang datang dari Bozra dengan baju yang merah, dia yang bersemarak dengan pakaiannya, yang melangkah dengan kekuatannya yang besar?" "Akulah yang menjanjikan keadilan dan yang berkuasa untuk menyelamatkan!" 2 "Mengapakah pakaian-Mu semerah itu, dan baju-Mu seperti baju pengirik buah anggur?" 3 "Aku seorang dirilah yang melakukan pengirikan, dan dari antara umat-Ku tidak ada yang menemani Aku! Aku telah mengirik bangsa-bangsa dalam murka-Ku, dan Aku telah menginjak-injak mereka dalam kehangatan amarah-Ku; semburan darah mereka memercik kepada baju-Ku, dan seluruh pakaian-Ku telah cemar. 4 Sebab hari pembalasan telah Kurencanakan dan tahun penuntutan bela telah datang.

Suku-suku akan diserang pada Zaman Akhir

Yeremia 9:25-26  "Lihat, waktunya akan datang, demikianlah firman TUHAN, bahwa Aku menghukum orang-orang yang telah bersunat kulit khatannya: 26 orang Mesir, orang Yehuda, orang Edom, bani Amon, orang Moab dan semua orang yang berpotong tepi rambutnya berkeliling, orang-orang yang diam di padang gurun, sebab segala bangsa tidak bersunat dan segenap kaum Israel tidak bersunat hatinya."

Orang tidak bertaubat, iaitu mereka yang tidak bersunat hatinya, akan dikenakan tindakan.

Yeremia 25:21-23  kepada Edom, Moab dan bani Amon; 22 kepada semua raja Tirus, semua raja Sidon dan kepada raja-raja tanah pesisir di seberang laut; 23 kepada Dedan, Tema, Bus dan kepada orang-orang yang berpotong tepi rambutnya berkeliling;

Ini merujuk kepada pengaruh sistem pemujaan matahari milik Babel dan juga mereka yang mencukur bahagian atas kepala. Perhatikan sistem itu kini memanjang ke utara ke Libanon (Lubnan) dan mereka dimasukkan dalam penaklukan itu, dan begitu juga mereka di seberang laut di kawasan pinggir pantai.

Tuhan mengatakan Dia akan mengutus “cawan kemurkaan kehangatan amarahNya” kepada beberapa bangsa dan, dalam Yeremia 25 apabila Tuhan bernubuat melalui Yeremia apa yang akan terjadi, Dia menggunakan orang Babel sebagai rujukan kepada Nebukadrezar. Bila saja r digunakan dalam namanya, ini merujuk kepada Raja Utara yang bertindak, tetapi tidak bertindak sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuhan ketika menggunakan istilah Nebukadnezar. Teks dalam bab 25 ini merujuk kepada cawan kemurkaan Tuhan dan ia akan ditumpahkan ke atas Yerusalem dan kota-kota Yehuda serta jabatan pemerintahannya. Yerusalem dijadikan kengerian, menjadi sasaran suitan dan suatu kutukan sampai akhir zaman, dan ia akan dibangunkan semula pada kedatangan Mesias. Begitu juga Mesir akan dipukul. Dalam ayat 20 Yeremia merujuk kepada ‘ereb yang ditafsir sebagai tentera campuran dalam KJV (lihat 50:37; Yehezkiel 30:5; Daniel 2:43; Ezra 9:2; Mazmur 106:35).

Dalam Inskripsi Sanherib (Silinder Bellino baris 13), orang Urbi bergabung dengan orang Aramae yang merupakan suku-suku pengembara di barat Efrat. Sanherib berkata bahawa Hizkia mempunyai beberapa perajurit Urbi bersamanya di Yerusalem (lihat Bullinger, Comp. Bible, nota kaki kepada ayat 20).

Tanah Us disebut, iaitu negeri Ayub berhampiran Idumea (lihat Ratapan 4:2).

Orang Filistin disebut di Aza atau Gaza dan Askelon, Ekron (kini ‘Akir) dan Asdod (kini ‘Esdud).

Dedan juga bersempadan dengan Idumea. Tema dan Bus ialah negeri Elihu (Ayub 32:2).

 Zimri juga disebut dan andaian dibuat bahawa nama ini merujuk kepada Zimran anak Abraham melalui Ketura (Kejadian 25:2). Wilayah ini ialah seluruh kawasan dari Syria hingga Libanon dan selatan ke Mesir dan timur ke Saudi Arabia. Semua ini akan ditaklukkan kepada Mesias sebagai sebahagian daripada Israel yang lebih besar.

Untuk suatu waktu yang lama ia diberikan kepada Raja Utara (Nebukadnezar, dengan n bukan r). Semua orang menjadi hambanya, tetapi waktu itu akan berakhir dan Yesaya menunjukkan bahawa Babel akan jatuh dan selepas itu bangsa-bangsa ini akan menjadi takluk kepada dan dikenakan tindakan oleh Mesias.

Dalam Yeremia bab 26 kita perhatikan bahawa Tuhan Allah berfirman melalui nabi Yeremia dan umat diminta berjalan mengikut Hukum Tuhan dan mendengarkan para nabi.

Setelah selesai mengucapkan apa yang diperintahkan Tuhan, para imam, para nabi dan seluruh rakyat menangkapnya sambil berkata, “Engkau harus mati”. Para pemuka dipohon dan Yeremia sekali lagi mengatakan segala yang diperintahkan kepadanya. Tuhan mengutus Yeremia untuk memanggil rakyat untuk bertaubat, sebab Dia akan mengutus Dua Saksi pada Zaman Akhir untuk berbicara sekali lagi dan memanggil orang-orang ini untuk bertaubat.

Yeremia tidak dihukum mati pada waktu itu, sama seperti keadaannya pada Zaman Akhir.

Teks ini ditulis ketika pemerintahan Yoyakim pada tahun keempat Zedekia. KJV mengikuti beberapa naskah kuno dan Syriac dalam menempatkan perkataan Zedekia di dalam teks ini. Wilayah sama ini ditawan dan nubuatannya adalah terhadap bangsa-bangsa yang sama.

Yeremia 27:1-11 Pada permulaan pemerintahan Zedekia, anak Yosia raja Yehuda, datanglah firman ini dari TUHAN kepada Yeremia. 2 Beginilah firman TUHAN kepadaku: "Buatlah tali pengikat dan gandar, lalu pasanglah itu pada tengkukmu! 3 Kemudian kirimlah pesan kepada raja Edom, kepada raja Moab, kepada raja bani Amon, kepada raja Tirus dan kepada raja Sidon, dengan perantaraan utusan-utusan yang telah datang ke Yerusalem menghadap Zedekia, raja Yehuda. 4 Perintahkanlah mereka mengatakan kepada tuan-tuan mereka: Beginilah firman TUHAN semesta alam, Allah Israel: Beginilah harus kamu katakan kepada tuan-tuanmu: 5 Akulah yang menjadikan bumi, manusia dan hewan yang ada di atas muka bumi dengan kekuatan-Ku yang besar dan dengan lengan-Ku yang terentang, dan Aku memberikannya kepada orang yang benar di mata-Ku. 6 Dan sekarang, Aku menyerahkan segala negeri ini ke dalam tangan hamba-Ku, yakni Nebukadnezar, raja Babel; juga binatang di padang telah Kuserahkan supaya tunduk kepadanya. 7 Segala bangsa akan takluk kepadanya dan kepada anaknya dan kepada cucunya, sampai saatnya juga tiba bagi negerinya sendiri, maka banyak bangsa dan raja-raja yang besar akan menaklukkannya. 8 Tetapi bangsa dan kerajaan yang tidak mau takluk kepada Nebukadnezar, raja Babel, dan yang tidak mau menyerahkan tengkuknya ke bawah kuk raja Babel, maka bangsa itu akan Kuhukum dengan pedang, kelaparan dan penyakit sampar, demikianlah firman TUHAN, sampai mereka Kuserahkan ke dalam tangannya. 9 Mengenai kamu, janganlah kamu mendengarkan nabi-nabimu, juru-juru tenungmu, juru-juru mimpimu, tukang-tukang ramalmu dan tukang-tukang sihirmu yang berkata kepadamu: Janganlah kamu mau takluk kepada raja Babel! 10 Sebab mereka bernubuat palsu kepadamu dengan maksud menjauhkan kamu dari atas tanahmu, sehingga kamu Kuceraiberaikan dan menjadi binasa. 11 Tetapi bangsa yang mau menaruh tengkuknya ke bawah kuk raja Babel dan yang takluk kepadanya, maka mereka akan Kubiarkan di atas tanahnya, demikianlah firman TUHAN, dan mereka akan mengolahnya dan diam di sana."

Yeremia mengesahkan Yesaya berkenaan hukuman yang akan datang bagi bani Lot dan Esau bersama dengan Dedan dan Teman.

Yeremia 49:7-22  Mengenai Edom. Beginilah firman TUHAN semesta alam: "Tidak adakah lagi kebijaksanaan di Teman? Sudah hilangkah pertimbangan dari orang-orang yang berakal budi, sudah busukkah kebijaksanaan mereka? 8 Larilah cepat, bersembunyilah dalam liang-liang, hai penduduk Dedan! Sebab malapetaka akan Kudatangkan atas Esau, pada waktu Aku menghukum dia. 9 Jika pemetik buah anggur datang kepadamu, mereka tidak akan meninggalkan sisa-sisa pemetikannya! Jika malam-malam pencuri datang kepadamu, mereka akan merusakkan sepuas-puasnya! 10 Tetapi Aku ini telah menelanjangi Esau, telah menyingkapkan tempat-tempat persembunyiannya, sehingga ia tidak dapat menyembunyikan diri lagi. Keturunannya telah binasa dan saudara-saudaranya dan bangsa-bangsa tetangganya tidak ada lagi. 11 Tinggalkanlah anak-anak yatimmu, aku akan menghidupi mereka; biarlah janda-jandamu menaruh kepercayaan padaku!" 12 Sebab beginilah firman TUHAN: "Sedangkan orang-orang yang tidak selayaknya meminum isi piala itu telah terpaksa meminumnya, masakan engkau ini akan bebas dari hukuman? Engkau tidak akan bebas dari hukuman, tetapi mesti meminumnya! 13 Sebab Aku telah bersumpah demi diri-Ku, demikianlah firman TUHAN, bahwa Bozra akan menjadi ketandusan, cela, keruntuhan dan kutuk, dan segala kotanya akan menjadi reruntuhan yang kekal." 14 Suatu kabar telah kudengar dari TUHAN, seorang utusan telah disuruh ke tengah-tengah bangsa-bangsa: "Berkumpullah, pergilah menyerangnya, bersiaplah untuk bertempur! 15 Sebab sesungguhnya, Aku membuat engkau kecil di antara bangsa-bangsa, dihinakan di antara manusia. 16 Sikapmu yang menggemetarkan orang memperdayakan engkau, dan keangkuhan hatimu, ya engkau yang tinggal di liang-liang batu, yang menduduki tempat tinggi bukit! Sekalipun engkau membuat sarangmu tinggi seperti burung rajawali, Aku akan menurunkan engkau dari sana, demikianlah firman TUHAN. 17 Edom akan menjadi ketandusan; setiap orang yang melewatinya akan merasa ngeri dan bersuit karena segala pukulan yang dideritanya. 18 Seperti pada waktu ditunggangbalikkannya Sodom dan Gomora dan kota-kota tetangganya--firman TUHAN--maka seorangpun tidak akan diam lagi di sana dan seorang manusiapun tidak akan tinggal lagi di dalamnya. 19 Sesungguhnya, seperti singa yang bangkit keluar dari hutan belukar sungai Yordan mendatangi padang rumput tempat kawanan domba, demikianlah Aku akan membuat mereka lari dengan tiba-tiba dari negeri itu dan mengangkat di dalamnya dia yang Kupilih. Sebab siapakah yang seperti Aku? Siapakah yang berani mendakwa Aku? Siapakah gerangan gembala yang tahan menghadapi Aku? 20 Sebab itu dengarlah putusan yang telah diambil TUHAN terhadap Edom dan rancangan-rancangan yang telah dibuat-Nya terhadap penduduk Teman: Bahwa sesungguhnya, yang paling lemahpun di antara kawanan domba akan diseret. Bahwa sesungguhnya, padang rumput mereka sendiri akan merasa ngeri terhadap mereka. 21 Bumi akan goncang karena bunyi jatuhnya mereka; teriakan mereka akan terdengar bunyinya di Laut Teberau. 22 Sesungguhnya, ia naik terbang seperti burung rajawali, melayang dan mengembangkan sayapnya ke atas Bozra. Hati para pahlawan Edom pada waktu itu akan seperti hati perempuan yang sakit beranak."

Perang-perang zaman akhir

Seperti yang sudah kita lihat, Raja Selatan akan menyerang Raja Utara. Raja Utara akan memasuki beberapa negara dan melimpahi Timur Tengah dan mengambil milik Timur Tengah dan Israel.

Daniel 11:40-41 Tetapi pada akhir zaman raja negeri Selatan akan berperang dengan dia, dan raja negeri Utara itu akan menyerbunya dengan kereta dan orang-orang berkuda dan dengan banyak kapal; dan ia akan memasuki negeri-negeri, dan menggenangi dan meliputi semuanya seperti air bah. 41 Juga Tanah Permai akan dimasukinya, dan banyak orang akan jatuh; tetapi dari tangannya akan terluput tanah Edom, tanah Moab dan bagian yang penting dari bani Amon.

Teks ini menunjukkan bahawa orang yang berkuasa di Selatan, iaitu Mesir dan sistem Islam, akan mendesak atau menyerang Raja Utara dan mereka akan ditolak balik dan sebaliknya diserang. Ramai antara bani Kedar akan terbunuh dalam perang ini.

Ratapan 4:21-22 Bergembira dan bersukacitalah, hai puteri Edom, engkau yang mendiami tanah Us, juga kepadamu piala akan sampai, engkau akan jadi mabuk lalu menelanjangi dirimu! 22 Telah hapus kesalahanmu, puteri Sion, tak akan lagi TUHAN membawa engkau ke dalam pembuangan, tetapi kesalahanmu, puteri Edom, akan dibalas-Nya, dan dosa-dosamu akan disingkapkan-Nya.

Apabila pembuangan Israel berakhir dan dia kembali, waktu itu Edom akan ditakluk dan segala dosa rakyat akan disingkapkan. Ingat juga bahawa ramai orang Edom ada dalam Yehuda sekarang.

Yehezkiel 25:12-14 Beginilah firman Tuhan ALLAH: "Oleh karena Edom membalaskan dendam kesumat terhadap kaum Yehuda dan membuat kesalahan besar dengan melakukan pembalasan terhadap mereka, 13 oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH, Aku akan mengacungkan tangan-Ku melawan Edom dan melenyapkan dari padanya manusia dan binatang dan Aku membuatnya menjadi reruntuhan; dari Teman sampai Dedan mereka akan mati rebah oleh pedang. 14 Aku akan melakukan pembalasan-Ku terhadap Edom dengan tangan umat-Ku Israel. Dan mereka akan memperlakukan Edom selaras dengan murka-Ku dan amarah-Ku, dan mereka akan mengetahui, bahwa Akulah yang membalas, demikianlah firman Tuhan ALLAH."

Penaklukan ini termasuk orang Sidon dan para pemimpin Negara Utara.

Yehezkiel 32:29-30  Di situ Edom, raja-rajanya dan semua pemimpinnya, yang ditempatkan dekat orang-orang yang mati terbunuh oleh pedang, walaupun mereka kuat; mereka dibaringkan dekat orang-orang yang tidak disunat dan dekat orang-orang yang turun ke liang kubur. 30 Di situ pemimpin-pemimpin dari utara, semuanya mereka, dan semua orang Sidon, yang dengan malu turun dekat orang-orang yang mati terbunuh, walaupun dengan kekuatannya mereka sudah menimbulkan ketakutan terhadap mereka; mereka dibaringkan tanpa disunat dekat orang-orang yang mati terbunuh oleh pedang dan mereka menanggung nodanya bersama orang-orang yang turun ke liang kubur.

Tindakan ini berlaku dalam Zaman Akhir.

Edom harus dikenakan tindakan dahulu sebelum Israel dapat menemui kedamaian

Yehezkiel 35:1-15 Datanglah firman TUHAN kepadaku: 2 "Hai anak manusia, tujukanlah mukamu kepada pegunungan Seir, bernubuatlah melawan dia 3 dan katakanlah kepadanya: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Aku akan menjadi lawanmu, hai pegunungan Seir dan Aku akan mengacungkan tangan-Ku melawanmu dan akan menjadikan engkau musnah dan sunyi sepi. 4 Aku akan menjadikan kota-kotamu reruntuhan dan engkau menjadi sunyi sepi, dan engkau akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN. 5 Oleh karena dalam hatimu terpendam rasa permusuhan yang turun-temurun dan engkau membiarkan orang Israel menjadi makanan pedang pada hari sial mereka, waktu saatnya tiba untuk penghakiman terakhir, 6 oleh sebab itu, demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, Aku akan menjadikan engkau darah dan darah akan mengejar engkau; oleh sebab engkau bersalah karena mencurahkan darah, maka darah akan mengejar engkau. 7 Aku akan menjadikan pegunungan Seir musnah dan sunyi sepi dan melenyapkan dari padanya orang-orang yang lalu lalang. 8 Aku akan memenuhi juga pegunungannya dengan orang-orang yang mati terbunuh. Di bukit-bukitmu, di lembah-lembahmu dan alur-alur sungaimu akan berebahan orang-orang yang mati terbunuh oleh pedang. 9 Aku akan menjadikan engkau sunyi sepi untuk selama-lamanya dan kota-kotamu tidak akan didiami lagi. Dan kamu akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN. 10 Oleh sebab engkau mengatakan: Kedua bangsa itu dan kedua negeri itu akan menjadi milikku dan kita akan memilikinya--sebetulnya TUHAN ada di situ-- 11 oleh sebab itu, demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, Aku akan memperlakukan engkau seperti engkau memperlakukan mereka dalam murkamu dan cemburumu, yang timbul dari kebencianmu terhadap mereka; dan Aku akan menyatakan diri kepadamu pada saat Aku menghakimi engkau. 12 Dan engkau akan mengetahui bahwa Aku, TUHAN, mendengar segala penistaanmu yang kauucapkan melawan gunung-gunung Israel yang demikian: Gunung-gunung itu sudah menjadi sunyi sepi dan diserahkan kepada kita menjadi makanan kita. 13 Dengan demikian kamu membesarkan dirimu terhadap Aku di dalam ucapanmu dan banyak sekali kata-katamu terhadap Aku. Aku mendengarnya. 14 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Seluruh bumi akan bersukacita pada saat Aku menjadikan engkau sunyi sepi. 15 Seperti engkau bersukacita mengenai milik pusaka kaum Israel, yang sudah menjadi sunyi sepi, demikianlah akan Kulakukan terhadap engkau. Engkau akan menjadi sunyi sepi, hai pegunungan Seir dan engkau, segenap Edom dalam keseluruhanmu. Dan mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN."

Yehezkiel 36:5 oleh karena itu beginilah firman Tuhan ALLAH: Aku pasti berfirman dalam api cemburuan-Ku melawan sisa bangsa-bangsa dan melawan seluruh Edom, yang menentukan tanah-Ku menjadi miliknya dengan segala rasa sukacita dan rasa penghinaan, sehingga tanah-Ku itu dimilikinya dan dapat habis dijarah.

Tuhan memberkati umatNya dengan menghancurkan musuh mereka

Yoel 3:19  Mesir akan menjadi sunyi sepi, dan Edom akan menjadi padang gurun tandus, oleh sebab kekerasan terhadap keturunan Yehuda, oleh karena mereka telah menumpahkan darah orang yang tak bersalah di tanahnya.

Edom terus bermusuhan dan akan dihukum

Amos 1:11-12 Beginilah firman TUHAN: "Karena tiga perbuatan jahat Edom, bahkan empat, Aku tidak akan menarik kembali keputusan-Ku: Oleh karena ia mengejar saudaranya dengan pedang dan mengekang belas kasihannya, memendamkan amarahnya untuk selamanya dan menyimpan gemasnya untuk seterusnya, 12 Aku akan melepas api ke dalam Teman, sehingga puri Bozra dimakan habis."

Perhatikan bahawa Bozra disebut sebagai berada di Edom dan dalam pusaka Lot di kalangan Moab. Hakikatnya adalah kedua-duanya kini sebahagian daripada Yordan dan akan digabungkan pada Zaman Akhir, sebelum Milenium. Nubuatan-nubuatan ini ialah sebab kenapa umat Muslim Berhadis mengecam kebenaran teks-teks Alkitab.

Pemulihan masa depan Israel

Amos 9:11-12  "Pada hari itu Aku akan mendirikan kembali pondok Daud yang telah roboh; Aku akan menutup pecahan dindingnya, dan akan mendirikan kembali reruntuhannya; Aku akan membangunnya kembali seperti di zaman dahulu kala, 12 supaya mereka menguasai sisa-sisa bangsa Edom dan segala bangsa yang Kusebut milik-Ku," demikianlah firman TUHAN yang melakukan hal ini.

Justeru firman Tuhan cukup jelas bahawa bangsa-bangsa ini akan dikenakan tindakan dan disatukan dengan Israel pada Zaman Akhir, dan Hukum Tuhan Allah Israel akan ditempatkan di kalangan mereka dan mereka akan menjadi sebahagian daripada pusaka Mesias sebagaimana dijanjikan kepada bapa mereka Abraham.

1 comment:

Anonymous said...

CAN I OPEN YOUR SPIRITUAL EYES AND PROPHECY TO YOU???
God told me when l was young that l have called you as a Major Prophet to the whole world.You will shake the all nations of the earth...
I began to search for a man of God who can father me and mentor me basing on the big spiritual staff l carry.I searched for seven years but l found none from the year 2,000 to 2007.I bought books written by different powerful men of God but my spirit was not convinced,I checked on DSTV Gospel channels,but on channels l found no one to father me.I visited different crusades and churches,even some white famous evangelists and mentor me from Europe but l was not satisfied.
After l gave up searching,in the year 2007,24 August Friday,15:45pm in northern region part of Malawi ,a revival happened at our school in one of the classroom,a man of God called Major 1 Prophet Shephered Bushiri was preaching in one of the room at our school,my friends said go and attend the service.After l entered,he prayed for me and my spirit was convinced and l told him that l can't be your friend or brother,l surrender myself before you,be my spiritual father please.The man of God accepted me.I followed him up to day,there is no any day l rebelled or disconnected from him.The day l will be disconnected,it means am finished,l am where l am because of him.
Many times ,alot of people misses spiritual things because of carnality.A carnal man can't receive the things of God.
On that photo, a man in white shirt is Major 1 my Lord and the young man kneeling down holding to the far right is Hon 1 Major Prophet Wakisa Chizaso.
A man is supposed to be mentored and fathered by a man of God who carries same things like him.Many people,their ministries are destroyed because they are fathered and mentored by men of God who doesn't understand what they carry.
Share the post to everybody and bless lives.****MindWakeUp***
I prophecy your eyes to open that you can receive the things of God.
Hon 1 Major(Senior Son Of Major 1)
Prophet Wakisa Chizaso and RICC's photo.